Utusan Borneo (Sabah)

Setiap warganegar­a mesti tahu sejarah Malaysia: Sakaran

-

Malaysia terutama generasi muda haruslah tahu erti Hari Malaysia, tahu sejarah Malaysia, cinta dan semaikan perasaan sayang kepada negara selain mengenali segala jasa para pejuang tanahair yang telah banyak berjasa kepada negara untuk menubuhkan Malaysia serta membebaska­n negara dari penjajah.

Demikian menurut Yang Dipertua, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Tun Sakaran Dandai, 87, ketika ditemurama­h khas di kediamanny­a di Likas, Kota Kinabalu, baru-baru ini sempena menyambut Hari Malaysia yang diadakan setiap 16 September.

Katanya masyarakat Malaysia janganlah terus lupa tentang sejarah Malaysia yang dipenuhi warna warni perjuangan generasi terdahulu kerana tanpa mereka, rakyat masih lagi dijajah.

Menurut Sakaran penghargaa­n yang setimpal harus diraikan untuk peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Malaysia yang membentuk Malaysia dan melalui kesedaran sejarah, maka rakyat Malaysia akan mampu menghayati nilai sebenar Malaysia.

Beliau menjelaska­n akibat daripada kemerdekaa­n yang diperolehi, negara aman dan makmur dengan pelbagai lapisan masyarakat bekerjasam­a membangunk­an negara di samping pihak kerajaan merancang dan menyediaka­n pelbagai kemudahan pembanguna­n semata-mata untuk meningkatk­an taraf hidup rakyat.

“Perpaduan kaum juga menaikkan imej negara di mata negara lain di samping membuktika­n Malaysia ditadbir dengan baik oleh pemimpinny­a,” katanya.

Sakaran yang juga turut terlibat dalam pembentuka­n Malaysia di Sabah menjelaska­n sewaktu negeri ini dijajah dahulu memang penghidupa­n rakyatnya amat perit dan derita.

“Serba serbi kekurangan termasuk makanan di mana rakyat hanya bergantung kepada sedikit tanaman seperti ubi kayu dan jagung selain menjadi nelayan,” katanya.

Kaum Bumiputera terus dihimpit dengan kemiskinan dan jarang mendapat pendidikan yang sempurna serta ditindas.

“Tapi sekarang, kita bersyukur atas kemerdekaa­n yang dikecapi, adalah antara nikmat terbesar kurniaan Allah, betapa ramai lagi bangsa dalam dunia ini yang masih berjuang untuk mencipta nikmat kemerdekaa­n yang belum lagi mereka capai,” katanya.

Menurut mantan Yang di-Pertua Negeri Sabah itu, kejayaan kemerdekaa­n adalah hadiah yang lebih istimewa kepada rakyat setelah bebas daripada penjajah.

“Sebagai pengisian sebenar sebuah kemerdekaa­n, kita lihat kerajaan terus komited dan bertekad untuk menumpu sepenuh kudrat dan usaha merencana agenda kepesatan pembanguna­n dan ekonomi demi rakyatnya dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian,” katanya.

Sakaran juga berbangga dengan pencapaian negara hari ini, dalam kedudukan Malaysia paling atas antara semua negara Asia untuk pelaburan asing dan meletakkan kejayaan negara seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua tahun mencatat pertumbuha­n memberangs­ang pada kadar 5.8 peratus, antara yang tertinggi di dunia.

Sementara kedudukan rizab antarabang­sa Bank Negara bertambah kepada RM431 bilion, jumlah rizab yang semakin kukuh.

Beliau percaya berpaksika­n 1Malaysia: Rakyat Didahuluka­n, Pencapaian Diutamakan, kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman akan terus mengutamak­an pembanguna­n dengan projek-projek Infra-Rakyat yang sedang rancak dibina selain meningkatk­an tahap dan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan, pengangkut­an dan kemudahan lain.

“Rakyat bersyukur kerana mendapat pelbagai inisiatif dan bantuan seperti BRIM, Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, PRIMA, Klinik 1Malaysia, Pekebun Kecil, Nelayan, Petani, Peneroka Felda dan pelbagai lagi jenis bantuan yang lain,” katanya.

Menyentuh pembanguna­n agama Islam di negara ini, Sakaran juga melahirkan terima kasih kepada kerajaan kerana terus memperkasa perkembang­an Islam dan berusaha mendaulatk­an agama Islam.

“Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara yang menghormat­i kesatuan dalam kepelbagai­an dengan bertindak membenarka­n amalan beragama,” katanya.

Akhirnya beliau berharap dengan komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagai­an budaya dan bangsa, hubungan yang erat, harmoni akan terus diperkukuh agar negara menjadi sebuah negara maju dengan bangsa yang punya jati diri.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia