Utusan Borneo (Sabah)

Dasar k’jaan jamin masa depan

Kemerdekaa­n membawa perubahan kemajuan rakyat

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Kemerdekaa­n telah membawa pada perubahan kemajuan rakyat seterusnya dapat menjamin masa depan negara yang sejahtera.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Nasrun Mansur berkata banyak pembanguna­n prasarana yang dibina kerajaan telah memakmurka­n rakyat dan ini tidak akan dihentikan kerana dasar pentadbira­n negara yang terus membela masa depan.

“Setiap tahun juga kerajaan memperuntu­kkan perbelanja­an yang besar untuk memastikan pembanguna­n luar bandar terutama dalam bidang pendidikan.

“Pendidikan amat penting untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang akan memenuhi keperluan industri setempat,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Kecil Tungku di Dewan Sri Panglima Ladtang Kampung Segangan, dekat sini, pagi Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Silam berkata selain pendidikan, daerah ini turut berubah menjadi antara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar melalui Kluster Industri Minyak Sawit Lahad Datu, sektor perladanga­n, pertanian dan sebagainya dimajukan.

Katanya, jaringan pengangkut­an juga dipertingk­atkan samada di kawasan kampung-kampung hinggalahp­embinanleb­uhraya Pan Borneo Sabah Pakej Jalan Pintas Lahad Datu yang dijangka siap dalam tempoh 24 bulan iaitu hujung 2018.

Beliau menyeru agar rakyat lebih produktif untuk meningkatk­an daya saing di pasaran dalam semua bidang pekerjaan yang diceburi.

Nasrun turut mengajak rakyat untuk terus menghargai kemerdekaa­n ini kerana daerah ini telah menikmati perubahan dan mencapai kesejahter­aan hidup hasil perjuangan pemimpinpe­mimpin.

Turut hadir pada majlis itu ialahPenol­ongPegawai­Daerah Kecil Tungku Jablee Jeratul, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dun Tungku Abd Momen Angchai, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Sabtu Susulan.

Majlis diserikan dengan persembaha­n tarian tradisiona­l, nyanyian lagu patriotik dan beberapa aktiviti lain yang menyemarak­kan semangat cintakan negara.

“Banyak pembanguna­n prasarana yang dibina kerajaan telah memakmurka­nrakyatdan­ini tidak akan dihentikan kerana dasar pentadbira­n negara yang terus membela masa depan. ” DATUK NASRUN MANSUR

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

 ??  ?? ANTARA orang ramai yang hadir.
ANTARA orang ramai yang hadir.
 ??  ??
 ??  ?? KANAK-KANAK turut bersama-sama menyanyika­n lagu patriotik bersama Nasrun, Momen dan jemputan majlis.
KANAK-KANAK turut bersama-sama menyanyika­n lagu patriotik bersama Nasrun, Momen dan jemputan majlis.
 ??  ?? NASRUN menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta pertanding­an mewarna.
NASRUN menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta pertanding­an mewarna.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia