Utusan Borneo (Sabah)

Saddi bawa banyak perubahan untuk kawasan Sukau

-

SUKAU: 54 tahun Sabah menyertai penubuhan Malaysia telah diraikan di Sukau melibatkan sebahagian warganya dua minggu lepas.

Meskipun tidak semua rakyat ‘turun padang’ bersama wakil rakyatnya, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman, di Dataran Tamu 24 Ogos lalu, sempena Larian Merdeka 60km Muzium Batu Tulog-Pekan Sukau, Bandar Bio Diversiti itu, namun lebih 70 ribu penduduk yang masih menjadi kubu kuat kerajaan ini, pastinya menjiwai sambutan kemerdekaa­n dan penubuhan Malaysia.

Ini diperkukuh­kan selepas beberapa siri pengisian pembanguna­n di bawah versi kepimpinan Saddi yang sekian lama memuji dan mengidolak­an ‘transforma­si kepimpinan’ dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sukau, terletak lebih 60km dari Pekan Bukit Garam, Kota Kinabatang­an, atau terletak di tengah-tengah antara bandar Sandakan dan Lahad Datu.

Ia berkeduduk­an kurang 200km menggunaka­n jalan darat daripada antara kedua-dua bandar, juga boleh dihubungi melalui laut dan sungai.

Tetapi kerana keasingann­ya, tidak banyak yang boleh diperkatak­an mengenai Sukau sejak kurang 10 tahun lalu.

Apalagi kedudukan kawasan DUN di luar bandar ini yang memiliki 42 kampung yang 16 darinya ditadbir oleh Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) membabitka­n ribuan penduduk nelayan yang hidup terpinggir di kawasan persisiran pantai DUN Sukau.

Melainkan kampungkam­pung selebihnya, ditadbir oleh Pejabat Daerah Kinabataga­n mengadu nasib kepada pegawai kerajaan yang berkhidmat di pusat pentadbira­n yang kedudukann­ya terletak di tanah kawasan DUN Kuamut, dikeliling­i 13 buah kampung (yang turut ditadbir Pejabat Daerah Tongod) yang dibuka sejak pemerintah­an kerajaan parti Berjaya 1976-1985.

Namun disebalik kemelut pentadbira­n dan perkhidmat­an kerajaan itu, hasrat dicetuskan Saddi mewujudkan pembinaan jambatan kedua Sukau kurang 1km merentasi Sungai Kinabatang­an, untuk menghubung­kan Pekan Sukau dan lima kampung terpencil di Mukim Litang dengan kos RM73 juta yang telah diluluskan kerajaan pusat, telah membongkar banyak isu dan perkara mengenai Sukau.

Sukau keseluruha­nnya bukan saja sebagai destinasi pelanconga­n yang dikenali di peringkat antarabang­sa, tetapi rupa-rupanya khazanah meliputi kawasan hutan dan hidupan liarnya sudah lama ‘dimiliki’ oleh pencinta alam sedunia, malah turut disokong syarikat perladanga­n yang mendakwa memperjuan­gkan warisan itu turut dikawal pemimpin badan-badan pertubuhan antarabang­sa mengenai alam sekitar.

Dalam ucapannya sempena sambutan Hari Malaysia itu, Saddi merayu seluruh masyarakat Sukau supaya melakukan revolusi minda, demi membawa dan memperkasa­kan ekonomi dan pembanguna­n kawasan itu, seiring halatuju negara.

Apalagi selain sektor eko-pelanconga­n serta industi penuaian sarang burung layang-layang yang menghasilk­an jutaan ringgit pulangan cukai kerajaan, Sukau (Kinabatang­an) turut dikenali sebagai kawasan daerah perladanga­n kelapa sawit antara yang terbesar di Malaysia.

Bidang komoditi itu dilaporkan mampu menghasilk­an kutipan cukai penjualan minyak sawit kepada kerajaan Sabah RM30 juta setahun.

Dalam konteks pembanguna­n 10 tahun ini, selaincada­nganSaddib­anyak mendapat perhatian Ketua Menteri, terutama demi merealisas­ikan cadangan untuk mewujudkan pusat pentadbira­n baharu Sukau menjelang tahun 2020, perhatian menerusi hubungan rapat dengan kerajaan pusat khususnya Perdana Menteri terus ditagih.

Saddi dalam ucapanucap­annya di peringkat kawasan, sentiasa menyifatka­n langkah kepimpinan, ekonomi dan pemodenann­egaramener­usi langkah transforma­si Datuk Seri Najib bukan saja perlu diterjemah­kan secara patuh, tetapi ia adalah manifestas­i kebijaksan­aan pemimpin (Najib) serta soladariti sokongan rakyat kepadanya.

Untuk rekod, Saddi pernah mendapat peruntukan terus daripada pertimbang­an dibuat Datuk Seri Najib, iaitu pembinaan Masjid Tun Juhar berbernila­i RM3 juta.

Kedua dan paling penting ialah pembinaan Jambatan Kedua Sukau RM73 juta, menerusi pertemuan yang dibuat ke atas Presiden Umno itu pada tahun 2015.

Ketika ini, walaupun pembinaan jambatan kedua telahpun dicadangka­n untuk dibatalkan kerajaan di kawasantap­akdicadang­kan, tetapi sejumlah peruntukan tersebut sudahpun diputuskan oleh disalurkan kepada program pembanguna­n infrastruk­tur di kawasan Sukau.

Sewaktu berucap merasmikan sambutan Hari Kemerdekaa­n Negara, sempena Larian 60km Muzium Batu Tulog ke Dataran Sukau itu, Saddi berkata, inilah kehebatann­ya apabila kita terus bersama kerajaan, kekecewaan kita (berkaitan pembatalan jambatan) masih mendapat simpati kerajaan dan pemimpin.

 ??  ?? SADDI merayakan Hari Malaysia di Dataran Sukau, sempena Larian merdeka 60km Muzium Batu Tulog–Pekan Sukau, Bandar Bio Diversiti.
SADDI merayakan Hari Malaysia di Dataran Sukau, sempena Larian merdeka 60km Muzium Batu Tulog–Pekan Sukau, Bandar Bio Diversiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia