Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan tempatan perlu jadi pemimpin teknologi

-

TAWAU: Usahawan tempatan di negeri ini perlu memastikan mereka menjadi pemimpin teknologi untuk terus kekal berdaya saing dan relevan dalam pasaran.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata, usahawan tempatan perlu menjadi perintis peningkata­n teknologi dan bukan hanya bertindak sebagai pengikut.

“Jika kita mahu terus kekal berdaya saing dan relevan, kita perlu mengubah minda. Jika sebelum ini kita hanya sebagai pengguna teknologi, namun kini kita perlu pencipta kepada teknologi itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan penutupan Klinik Aplikasi Teknologi dalam Keusahawan­an (TECh) peringkat daerah Tawau di Pusat e-Desa Tanjong Batu, Tawau pada Khamis.

Seramai 22 peserta menyertai klinik tiga hari ini terdiri belia beliawanis daripada sekitar Tanjong Batu.

Program itu merupakan anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat dengan Pertubuhan Usahawan Teknologi Sabah (SATA).

Menurut Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu berkata, negara Malaysia telah dan terus melaksanak­an ekonomi terbuka dan dasar luar dalam usaha meningkatk­an penciptaan teknologi dan inovasi baharu.

“Perniagaan semakin berubah daripada pemilikan kepada aset, seperti yang dilihat dalam grab dan aplikasi mudah alih yang lain.

“Oleh itu, kita perlu menerima perubahan dan menjadi lebih terbuka dalam dunia yang semakin berubah,” katanya.

Jelasnya, kerajaan sentiasa berusaha mencari peluang mempelajar­i pelbagai ilmu baru yang diperkenal­kan oleh ICT.

“ICT mampu memperkasa­kan dan mengubah kehidupan individu untuk menjadi lebih kompetitif dan bernilai tinggi dalam dunia tanpa sempadan.

“Dengan kepesatan ICT ini, janganlah ada pihak menggunaka­nnya untuk melakukan perkara yang tidak sihat atau mengirimka­n perkara-perkara tidak tetap sekaligus mengugat nama dan maruah negara,” kata Hamisa lagi.

Mengenai penembusan jalur lebar ini, Hamisa memberitah­u pada masa ini telah mencapai 72.4 peratus sehingga Jun 2016.

Kerajaan Pusat sentiasa berusaha agar peratusan capaian ini dapat ditingkatk­an lagi supaya rakyat Sabah dapat bersaing dengan masyarakat untuk penggunaan IT.

“Pewujudan Pusat eDesa, Pusat Internet 1 Malaysia dan kampung tanpa wayar di kawasan luar bandar merupakan antara usaha kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutua­n bagi meningkatk­an kadar penembusan jalur lebar.

“Daerah Tawau sahaja memiliki dua Pusat e-desa iaitu di Kalabakan dan Tanjong Batu yang telah dibina oleh Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat sejak 2009 lagi.

“Program TECh bermula sejak tahun 2014 dan tahun ini merupakan tahun ke 4 dan program ini telah dua kali diadakan di Tawau,” katanya.

 ??  ?? HAMISA menerima cendera kenangan daripada pihak penganjur.
HAMISA menerima cendera kenangan daripada pihak penganjur.
 ??  ?? HAMISA bergambar kenangan bersama peserta Klinik Aplikasi Teknologi dalam Keusahawan­an (TECh) peringkat daerah Tawau di Pusat e-Desa Tanjong Batu.
HAMISA bergambar kenangan bersama peserta Klinik Aplikasi Teknologi dalam Keusahawan­an (TECh) peringkat daerah Tawau di Pusat e-Desa Tanjong Batu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia