Utusan Borneo (Sabah)

SugarBun perkenal set Truly Malaysia Combo sempena Hari Malaysia 2017

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: SugarBun memperkena­lkan menu istimewa ‘Truly Malaysian Combo’ sempena meraikan Hari Malaysia 16 September 2017.

Pengurus Pemasaran SugarBun Jason Ho berkata, restoran makanan segera tempatan terkemuka itu menyediaka­n menu istimewa itu dalam tiga pilihan kombo yang mana boleh dinikmati di semua rangkaian restoran SugarBun di Sabah dan Sarawak selama sebulan bermula 15 September.

“Bagaimanap­un promosi menu itu dikecualik­an restoran SugarBun di semua lapangan terbang.

“Kombo pertama iaitu sajian individu didatangka­n dengan satu nasi lemak klasik, seketul ayam goreng popular SugarBun dan segelas minuman teh tiga Lapis pada harga hanya RM10.90.

“Kombo kedua pula iaitu sajian berdua didatangka­n dengan satu nasi lemak klasik, satu kari ayam Asian claypot bersama nasi wangi, dua ketul ayam goreng yang dihidangka­n bersama dua gelas minuman teh tiga lapis pada harga hanya RM28.90,” katanya kepada pemberita ketika di Majlis Pelancaran ‘Truly Malaysian Combo’ di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata, untuk sajian set keluarga pula, pelanggan boleh memilih pilihan kombo tiga terdiri daripada satu Kano Meal, satu set ayam cendawan Asian claypot bersama nasi wangi, satu nasi lemak klasik, lima ketul ayam goreng dan dua acar bersama dengan lima gelas minuman teh tiga lapis pada harga RM69.00.

“SugarBun Truly Malaysian Combo ini diperkenal­kan istimewa untuk rakyat negara ini terutama penggemar SugarBun sempena dengan sambutan Hari Malaysia 2017.

“Hidangan ini terhad untuk tempoh 30 hari sahaja iaitu bermula hari ini 15 September hingga 15 Oktober 2017 dan boleh dinikmati di semua rangkaian restoran SugarBun di Malaysia Timur,” katanya.

Katanya lagi, untuk mengikuti promosi serta aktiviti baharu dari masa ke masa, sila ikuti SugarBun di media sosial menerusi Facebook (SugarBun Restaurant) dan Instagram.

 ??  ?? JASON (kanan) serta kakitangan SugarBun lain menunjukka­n salah satu set Truly Malaysian Combo.
JASON (kanan) serta kakitangan SugarBun lain menunjukka­n salah satu set Truly Malaysian Combo.
 ??  ?? SET kombo tiga yang boleh dihidangka­n kepada sekeluarga.
SET kombo tiga yang boleh dihidangka­n kepada sekeluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia