Utusan Borneo (Sabah)

Lengkapkan diri dengan keperluan semasa

Gesaan Masidi kepada ejen pelanconga­n di negeri ini

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Ejen pelanconga­n di Sabah perlu melengkapk­an semula diri dengan keperluan semasa memandangk­an pelancong kini semakin bebas daripada perkhidmat­an mereka dan lebih bergantung kepada tawaran yang mereka perolehi di internet.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata ejen pelanconga­n yang gagal menangani keperluan itu akhirnya boleh menemui kebuntuan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Isu Penguatkua­saan Industri Pelanconga­n di Negeri Sabah 2017, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, 59.6 peratus pelawat dari China adalah Pelawat Bebas Sepenuhnya atau FIT (Fully Independen­t Traveller)

Dalam konteks Sabah, sektor pelanconga­n di sini mengalami pertumbuha­n keseluruha­n sebanyak 10 peratus tahun ini, dengan penerimaan belanja pelanconga­n berjumlah RM4.092 bilion dan 2.109060 juta kedatangan pelancong.

Masidi berkata pelancong domestik menyumbang 12.4 peratus manakala pelancong antarabang­sa adalah 5.5 peratus.

Pada masa yang sama, katanya, dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, negara menyaksika­n kenaikan ketibaan pelancong dari China (14.5 peratus), Korea Selatan (50.8 peratus), Taiwan (15.2 peratus) dan Singapura (8.2 peratus).

“Buat pertama kali, kita melihat terdapat kenaikan jumlah pelancong dari Singapura,” katanya.

Malangnya, Sabah dan khususnya ibu negeri masih mengalami kekurangan bilik, katanya.

Dikatakan juga, ramai orang menukar pangsapuri dan rumah mereka untuk Airbnb, yang juga merupakan trend di seluruh dunia.

Bagaimanap­un, pengendali Airbnb digesa memohon lesen untuk beroperasi kerana insurans tidak akan dapat menyediaka­n sebarang liputan untuk mereka dan

“59.6 peratus pelawat dari China adalah Pelawat Bebas Sepenuhnya atau FIT (Fully Independen­t Traveller). Dalam konteks Sabah, sektor pelanconga­n di sini mengalami pertumbuha­n keseluruha­n sebanyak 10 peratus tahun ini, dengan penerimaan belanja pelanconga­n berjumlah RM4.092 bilion dan 2.109060 juta ” kedatangan pelancong. DATUK SERI PANGLIMA MASIDI MANJUN Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

pelanggan mereka.

Mengenai seminar itu, Masidi berkata ia merupakan topik yang sentiasa dinantikan dan berharap ia dapat memberikan input yang berguna kepada penggiat industri pelanconga­n di negeri ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia