Utusan Borneo (Sabah)

‘In Unity Charole’ asah bakat nyanyian dan seni persembaha­n

- Oleh MOHD AFIS ISMAIL (Pelatih UMS)

IN Unity Chorale (IUC) adalah kumpulan koir dianggotai 200 ahli komuniti dari pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai kecintaan tinggi terhadap bidang muzik, bidang nyanyian dan seni persembaha­n.

Ditubuhkan secara rasmi pada 2000, IUC dahulunya dikenali sebagai ‘In Unity’ sahaja yang awalnya dibentuk oleh pelajar Sekolah Menengah Adventist Sabah (SASS) bermula dengan 16 ahli pada tahun 2000 dan berkembang lebih kepada 160 alumni yang terdiri daripada pelajar semasa, bekas pelajar SASS serta individu koir dari gereja lain.

Berpusat di Kota Kinabalu, ahli IUC terdiri daripada pelbagai profesion seperti pelajar, jururawat, guru, pensyarah, pegawai eksekutif, polis, pekerja penyelenga­raan dan perunding kecantikan.

Diketuai oleh Adsone Matthew Mitty Gabu, pensyarah muzik di Fakulti Kemanusiaa­n Seni Dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula 2011.

Kumpulan ini aktif dalam membuat persembaha­n sekitar Sabah dan pernah tampil dalam majlis besar termasuk Pesta Kaamatan Sabah 2013, Sabah Tourism Awards, Konsert Koir Peringkat Sabah, Krismas Karoling dan Pertanding­an Muzik Tradisiona­l Peringkat Sabah 2017.

Ahli yang datang dari pelusuk Sabah termasuk Tamparuli, Kota Kinabalu, Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Sandakan dan Tawau ini menjalani latihan empat kali seminggu.

Adsone selaku peneraju IUC mengakui pelbagai rintangan yang dilalui dalam mengendali­kan kumpulan koir sebesar ini pada masa yang sama beliau cuba untuk mengasah bakat ahli yang mempunyai kesungguha­n untuk mempelajar­i ilmu muzik sekaligus mengembang­kan bakat mereka dalam industri seni tempatan.

Selain itu, IUC juga aktif dalam membuat bengkel suara dan koir.

11 daripada ahli IUC mewakili Malaysia untuk ‘First Budaya Festival di Filipina kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sarawak (JKKN) pada 19 sehingga 25 September.

IUC yang mempunyai 40 ahli yang masih aktif sentiasa berusaha untuk terus maju dan mengharumk­an nama kumpulan koir ini dipersada seni.

Untuk mengikuti perkembang­an semasa IUC boleh mengikuti di laman rasmi Facebook - In Unity Charole dan Instagram inunitycha­role.

 ??  ?? PADUAN suara ahli ‘In Unity Charole’ dalam persembaha­n koir dan okestra.
PADUAN suara ahli ‘In Unity Charole’ dalam persembaha­n koir dan okestra.
 ??  ?? ‘IN Unity Charole’ semasa membuat persembaha­n.
‘IN Unity Charole’ semasa membuat persembaha­n.
 ??  ?? KUMPULAN Koir ‘In Unity Charole’.
KUMPULAN Koir ‘In Unity Charole’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia