Utusan Borneo (Sabah)

Filem ‘Blood Diamond’ lakonan Leonardo DiCaprio di TV2

-

KISAH seorang nelayan, penyeludup dan sindiket ahli perniagaan cuba untuk memiliki berlian yang tidak ternilai harganya melatari filem Inggeris hebat, ‘Blood Diamond’ yang menampilka­n aktor terkenal Leonardo DiCaprio sebagai pelakon utama membawakan watak Danny Archer.

Disiarkan pada 19 September ini, jam 9.30 malam di TV2, filem arahan Edward Zwick sekitar tahun 2006 ini turut mengetenga­hkan barisan pelakon seperti Djimon Hounsou sebagai Solomon Vandy, Jennifer Connell (Maddy Bowen), Kagiso Kuypers (Dia Vandy), Arnold Vosloo (Colonel Coetzee) dan Antony Coleman (Cordell Brown).

Ia membawakan kisah berlaku pada tahun 1999, di Sierra Leone, seorang nelayan dikenali Solomon Vandy telah bermimpi anak lelakinya yang paling muda iaitu Dia Vandy bakal menjadi seorang doktor. Impiannya berkecai apabila pemberonta­k menyerang kampung dan menculik dia untuk bekerja di lombong berlian.

Di sana tanpa diduga, Solomon telah menemui berlian merah jambu yang besar dan semasa ia bersembuny­i, komandan pemberonta­k telah terlihat kelibatnya. Tetapi pemberonta­k tersebut yang kurang bernasib baik telah diserang dan Solomon ditangkap oleh tentera kerajaan.

Ketika di penjara, komandan yang cedera memberitah­u tahanan bahawa Solomon telah menjumpai batu itu dan penyeludup upahan Danny Archer dari Zimbabwe melepaskan Solomon. Namun dia sebenarnya mempunyai perancanga­n lain iaitu untuk bertukar berlian dengan ahli keluargany­a yang telah hilang.

Menggunaka­n idea bernas seorang wartawan Amerika iaitu Maddy Bowen, Danny menempatka­n isteri dan anakanak perempuan Solomon di sebuah kem pelarian, tetapi dia menipu Solomon mengatakan bahawa anaknya telah direkrut oleh pemberonta­k.

Solomon dan Danny akhirnya berjaya untuk mencapai kata sepakat. Mereka setuju bekerjasam­a dan membantu antara satu sama lain. Pada masa yang sama, Solomon menggiatka­n usaha mencari anaknya manakala Danny pula mencuba pelbagai dan cara mencari berlian untuk ditebus.

Justeru usah ketinggala­n menyaksika­n filem hebat penuh aksi ini di TV2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia