Utusan Borneo (Sabah)

Patty Jenkins kembali untuk sekuel ‘Wonder Woman’

‘Wonder Woman’

-

PATTY Jenkins akan kembali untuk mengarahka­n sekuel kepada filem adiwira hit pada tahun ini ‘Wonder Woman’, setelah dia menjadi pengarah wanita yang mengaut keuntungan tertinggi dalam sejarah Hollywood.

Menurut Variety dan Hollywood Reporter, Jenkins, 46, sekali lagi akan mengarah Gal Gadot, sebagai adiwira itu dalam ‘Wonder Woman 2’, yang dijadual akan dikeluarka­n pada 13 Disember 2019.

Kedua-dua penerbitan, yang memetik sumber tidak bernama, berkata Jenkins akan dibayar kira-kira AS$8 juta (RM36 juta) untuk mengarah sekuel itu dan juga akan menerima sebahagian daripada kutipan box office filem, dan ini akan menjadikan­nya pengarah wanita dengan bayaran tertinggi di Hollywood.

Studio filem Warner Bros tidak mengulas mengenai berita itu dan tidak memberi sebarang maklumat lanjut mengenai sekuel tersebut.

‘Wonder Woman’, merupakan filem pertama dibintangi seorang adiwira wanita sejak filem yang gagal di box office pada 2005 ‘Elektra’, dan yang pertama diarah oleh seorang wanita.

Ia menduduki tempat teratas box office pada Jun lalu di atas reviu yang bagus dan pemerkasaa­n wanita, dan dengan AS$816.4 juta (RM3.67 bilion) di box office seluruh dunia, ia sekarang merupakan filem kedua terbesar pada tahun ini setelah versi aksi hidup ‘Beauty and the Beast’.

Jenkins memintas Phyllida Lloyd, yang mengarahka­n filem muzikal pada 2008 ‘Mamma Mia!’, bagi gelaran pengarah wanita yang mengaut keuntungan paling tinggi.

Karakter Wonder Woman lakonan Gadot akan dilihat seterusnya dalam filem barisan adiwira ‘Justice League’ pada November, bersama Batman lakonan Ben Affleck dan Superman lakonan Henry Cavill.

‘Wonder Woman’, filem keempat dalam versi semasa oleh Warner Bros bagi francais sinematik DC Comics, membantu merangsang keuntungan bagi syarikat induk Warner Bros, Time Warner Inc.

— Reuters

 ??  ??
 ??  ?? PATTY Jenkins mengarah Gal Gadot dalam ‘Wonder Woman’.
PATTY Jenkins mengarah Gal Gadot dalam ‘Wonder Woman’.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia