MPT lancar aplikasi JomParking

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

TAWAU: Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) pada Sabtu melancarka­n aplikasi JomParking iaitu aplikasi pembayaran parkir menggunaka­n telefon pintar yang pertama dilaksanak­an di Sabah, bertujuan memudahkan serta menggalakk­an pengguna membayar parkir tanpa perlu membeli kupon.

Presiden MPT Alijus Sipil berkata pengguna boleh memuatturu­naplikasii­tusecara percuma menggunaka­n telefon pintar atau peranti digital Apps Store Google Play sebelum melakukan pendaftara­n ringkas kenderaan.

“Menerusi aplikasi ini pengguna boleh membayar parkir pada bila-bila masa walaupun tidak berada pada zon parkir pada ketika itu.

“Sekiranya kehabisan top up untuk membayar parkir, pengguna boleh membuat pembelian top up secara online atau melalui ejen parkir berdaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran aplikasi itu yang disempurna­kan Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat di sini, Sabtu.

Alijus berkata sekiranya tempoh parkir hampir tamat pengguna akan menerima peringatan 15 minit sebelum tempoh berakhir, daripada aplikasi tersebut.

“Dengan aplikasi JomParking­ini,penggunati­dak lagiperlum­empamerkan­kupon di dalam kereta, bagaimanap­un penggunaan kupon parkir masih diteruskan,” katanya.

Pelaksanaa­n aplikasi JomParking itu mendapat kerjasama syarikat konsesi Tawau Carpark dan ia juga akan memudahkan pengguna untuk mengakses maklumat parkir termasuk resit parkir dan jumlah amaun bayaran parkir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.