Utusan Borneo (Sabah)

APMM gagalkan cubaan menyeludup minuman keras

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

LABUAN: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalk­an penyeludud­upan sejumlah minuman keras pelbagai jenis yang dianggarka­n bernilai RM105,000 di perairan Menumbuk, awal pagi Sabtu.

Pengarah Maritim Daerah Labuan Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata, kejadian jam 1.15 pagi disedari semasa sepasukan anggota melakukan operasi pemantauan di lokasi berkenaan.

Katanya, pihaknya menjalanka­n pemantauan secara berterusan selepas mendapatma­klumatdari­pada orang awam berkenaan aktiviti penyeludup­an berkenaan.

“Anggota kita mengekori bot penyeludup dalam keadaan mencurigak­an yang bergerak dari arah Labuan menuju ke Menumbuk.

“Kira-kira 10 minit kemudian juragan bot menyedari kehadiran anggota di lokasi kejadian sebelum bertindak memecut laju bot ke tebing muara Mempakul.

“Dua daripada suspek di bot penyeludup itu kemudianny­a terjun ke air sebelum menghilang­kan diri ke belukar berhampira­n,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n lanjut di dalam bot yang tiada nombor pendaftara­n itu mendapati suspek meninggalk­an sejumlah minuman keras pelbagai jenama dipercayai untuk diseludup.

“Kesemua minuman keras termasuk Carlsberg, Royal Stout, Skol Beer bernilai RM105,000 dan tiga enjin jenama Yamaha 200Hp bernilai RM145,000 serta bot kemudianny­a dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Labuan untuk tindakan selanjutny­a.

“Kesdisiasa­tmengikutA­kta Kastam 1967,” katanya.

 ??  ?? MINUMAN keras pelbagai jenama bernilai RM105,000 yang dirampas pihak APMM Labuan.
MINUMAN keras pelbagai jenama bernilai RM105,000 yang dirampas pihak APMM Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia