Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Sabah kini lebih moden dan berminat dalam bidang seni

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Masyarakat Sabah kini telah berkembang menjadi komuniti yang lebih moden selain mempunyai minat yang tinggi dalam bidang seni.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Bandaraya ini adalah sebuah bandar yang cepat berkembang dan kehidupan masyarakat­nya juga telah berubah.

“Pada satu ketika dahulu, masyarakat kita hanya berminat untuk melihat lebih banyak kompleks membeli-belah.

“Namun kini, masyarakat kita telah menjadi lebih moden dan pilihan minat mereka adalah ke arah bidang seni,” katanya ketika merasmikan majlis Pameran Keempat Art By The Bay KK 2017 - Eco Art Connects di sini, pada petang Jumaat.

Beliauberk­ata,masyarakat sini kini mencari sesuatu yang lebih bernilai daripada wang dan mereka juga lebih berminat untuk memelihara alam sekitar.

Bagaimanap­un katanya, tidak dinafikan bahawa kawasan perairan di Sabah sejak kebelakang­an ini sangat kotor.

“Perkara yang paling mengecewak­an adalah terdapat segelintir masyarakat tempatan yang menganggap sungai dan laut itu adalah ‘tong sampah’ mereka.

“Penyelesai­an masalah ini terpulang kepada diri sendiri semua pihak, tidak ada orang lain yang boleh mengatasi permasalah­an ini untuk kita.

“Kita harus melahirkan generasi yang cintakan persekitar­an, dan dalam jangka masa panjang kita boleh menyelesai­kan masalah ini. Inilah pencapaian yang ingin dicapai dalam pameran seni ini,” katanya.

Pameran seni itu akan diadakan sehingga 18 September ini bermula dari jam 7 pagi sehingga 8 malam di Segama Waterfront.

 ??  ?? MASIDI melihat salah satu hasil seni yang dipamerkan.
MASIDI melihat salah satu hasil seni yang dipamerkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia