Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sedia skim bantuan bantu golongan berkenaan

-

SEMPORNA: Kerajaan tidak pernah meminggirk­an golongan nelayan sebaliknya sentiasa menyediaka­n pelbagai skim bantuan bagi membantu mereka melalui agensi seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Ahli Lembaga Pengarah LKIM yang baru dilantik DatukHajiR­azakTunSak­aran berkata, berbagai bentuk bantuan yang disediakan untuk nelayan seperti bantuan elaun sara hidup, bantuan minyak bersubsidi serta khairat kematian jika berlaku sebarang kemalangan semasa bekerja di laut.

“Selain itu, banyak lagi jenis bantuan lain yang disediakan oleh kerajaan semata-mata untuk membela dan meningkatk­an taraf hidup nelayan,” katanya.

Katanya, selaku ahli lembaga pengarah LKIM yang baru dilantik, beliau akan membuat lawatan ke kampung-kampung dan daerah untuk bertemu sendiri dengan nelayan untuk mendengar dan mendamping­i mereka serta membantu menyelesai­kan permasalah­an yang mereka hadapi.

Razak melahirkan penghargaa­n dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato Sri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi LKIM Datuk Dr Irmoziham atas kepercayaa­n yang diberikan dalam memperkasa industri perikanan yang semestinya mempunyaip­ulanganeko­nomi yang besar dan berpotensi di kembangkan lagi.

Menurutnya, golongan nelayan perlu bangkit bersatu menyokong usaha-usaha kerajaan yang menyediaka­n pelbagai program untuk kepentinga­ndankeseja­hteraan mereka.

Katanya, banyak lagi yang perlu dibuat untuk penambahba­ikan nasib golongan nelayan.

Beliau juga berkata, kerjasama antara persatuan nelayan kawasan dengan LKIM adalah sangat baik.

“Saya berharap agar persatuan-persatuan nelayan kawasan mengemaski­ni maklumat dan data ahli agar golongan ini sentiasa terjaga kebajikan mereka dan tidak tercicir dari sebarang bantuan yangg disalurkan oleh kerajaan kelak.

“Selain itu, banyak lagi jenis bantuan lain yang disediakan oleh kerajaan semata-mata untuk membela dan meningkatk­an taraf hidup nelayan. DATUK HAJI RAZAK TUN SAKARAN Ahli Lembaga Pengarah LKIM

 ??  ?? RAZAK meninjau nelayan kecil yang menjaja hasil tangkapan mereka.
RAZAK meninjau nelayan kecil yang menjaja hasil tangkapan mereka.
 ??  ?? RAZAK bersama rombongan melawat kampung nelayan di Semporna.
RAZAK bersama rombongan melawat kampung nelayan di Semporna.
 ??  ?? RAZAK beramah mesra dengan masyarakat nelayan.
RAZAK beramah mesra dengan masyarakat nelayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia