Utusan Borneo (Sabah)

Penerapan EKSA jana pemikiran kreatif warga HQE

-

KOTA KINABALU: Penerapan dan pelaksanaa­n Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Peringkat Hospital Queen Elizabeth (HQE) akan terus digerak dan dipergiat melibatkan klinik dan wad bagi menjana warga hospital sentiasa bertindak dan berfikir secara kreatif.

Pengarah HQE Dr. Heric Corray berkata, berfikiran secara kreatif dalam sebarang tindakan tidak terlalu sukar sebaliknya bergantung kepada cara individu berfikir.

“Jika kita sendiri menyempitk­an pemikiran sebelum bertindak, akhirnya kita akan terasa terhimpit dan hilang motivasi.

Tambahnya, penglibata­n dan sokongan setiap warga hospital terhadap penerapan dan program EKSA sudah pasti menjana warganya berfikiran secara kreatif dalam melaksanak­an tanggungja­wab.

“Sehubungan itu bertindakl­ah demi kepentinga­n umum dan imej organisasi kerana dengan berfikiran secara kreatif kita pasti mampu melihat pelbagai kaedah baharu yang boleh membantu sebarang masalah dan kesulitan terutama dalam memberi perkhidmat­an perubatan dan rawatan yang terbaik kepada masyarakat,” jelasnya.

Dr.Heric berkata demikin semasa melancarka­n Program Gotong Royong Perdana EKSA ke-2 Peringkat HQE bertempat di Perkaranga­n Lobi HQE Aras 2, pada Jumaat.

Dengan tema ‘Bersama kita Laksanakan 3 R’ (Reuse, Reduce, dan Recycle) Majlis pelancaran dimulai dengan sesi senamrobik seterusnya bergerak memulakan gotong royong ke seluruh kawasan sekitar hospital.

Hadir sama penyelaras Juara EKSA Peringkat HQE Puan Halina Thomas, ketuaketua jabatan, jururawat serta kakitangan pengurusan daripada setiap wad dan klinik.

 ??  ?? DR. HERIC ketika melancarka­n gimik perasmian gotong royong EKSA Peringkat HQE bertema ‘Bersama Kita Laksanakan 3R’.
DR. HERIC ketika melancarka­n gimik perasmian gotong royong EKSA Peringkat HQE bertema ‘Bersama Kita Laksanakan 3R’.
 ??  ?? SESI senamrobik warga hospital sebelum gotong royong perdana EKSA HQE dilaksanak­an.
SESI senamrobik warga hospital sebelum gotong royong perdana EKSA HQE dilaksanak­an.
 ??  ?? DR. HERIC ketika melawat pelaksanaa­n EKSA di Unit Makmal Pengesanan dan penyimpana­n darah pesakit.
DR. HERIC ketika melawat pelaksanaa­n EKSA di Unit Makmal Pengesanan dan penyimpana­n darah pesakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia