Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Hari Kebangsaan Mukim Pensiangan meriah

- Oleh JOHAN AZIZ

NABAWAN (Pagalungan): Suasana sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat Mukim Pensiangan yang diadakan di sini pada Jumaat begitu meriah sekali.

Sambutan yang penuh warna warni dengan kibaran Jalur Gemilang dan bendera Sabah menunjukka­n bahawa penduduk di mukim itu begitu bersemanga­t patriotik dengan kecintaan yang mendalam terhadap negara.

Sesuai dengan tema sambutan tahun ini, Negaraku Sehati Sejiwa, jelas menunjukka­n rakyat pelbagai kaum dan agama terdiri warga tua, dewasa dan kanak-kanak, lelaki dan wanita turut bersama-sama menyertai perbarisan sempena dengan sambutan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup telah merasmikan sambutan itu dengan rasa teruja di atas kehadiran penduduk-penduduk di Mukim Pensiangan itu.

Dalam ucapannya, beliau menyifatka­n kehadiran rakyat yang begitu ramai menunjukka­n kesedaran tentang erti kemerdekaa­n sebenar dengan kecintaan dan kesetiaan mereka kepada negara.

“Kepelbagai­an yang terdapat di negara kita merupakan satu keunikkan dan layaklah kita raikan dan perlu kita untuk terus memantapka­n perpaduan dalam menyelami erti sebenar Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia,” katanya.

Beliau berharap agar rakyat di kawasan Pensiangan terus mempertaha­nkan keamanan, kemakmuran, kesejahter­aan dan keharmonia­n yang dinikmati sekarang.

Hadir sama pada majlis itu Penolong Pegawai Daerah Pagalungan Aloysius Anthony, Penolong Pegawai Daerah Nabawan Sungkim, Ketua Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Pusat Matusin Bowie, Ketua Anak Negeri Ampat Tahol KAN Philip, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, pemimpin-pemimpin masyarakat, guru-guru dan muridmurid sekolah.

 ??  ?? KURUP bersama-sama dengan para pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat mengabadik­an foto bersama-sama dengan kontinjen Klinik Kesihatan Pensiangan.
KURUP bersama-sama dengan para pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat mengabadik­an foto bersama-sama dengan kontinjen Klinik Kesihatan Pensiangan.
 ??  ?? KURUP sedang bertanyaka­n sesuatu kepadaseor­angkanak-kanakperem­puan yang turut serta bersama salah satu kontinjen dalam perbarisan itu.
KURUP sedang bertanyaka­n sesuatu kepadaseor­angkanak-kanakperem­puan yang turut serta bersama salah satu kontinjen dalam perbarisan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia