Utusan Borneo (Sabah)

Pelihara, kekalkan perpaduan

Galak anak bergaul dalam pelbagai kaum

-

SANDAKAN: Ibubapa digesa menggalakk­an anak-anak bergaul dalam pelbagai kaum bagi mendidik mereka sentiasa mengekalka­n perpaduan serta persefaham­an sedia ada di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong, Datuk Samsuddin Yahya berkata, bagi mencapai tujuan itu, ibubapa perlu memupuk dan menerapkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan mereka.

Menurutnya, tugas dalam mengharung­i cabaran bagi mengekalka­n perpaduan di negara ini bukan sahaja hanya perlu dipikul oleh kerajaan tetapi peranan institusi keluarga itu penting demi memastikan perpaduan dapat dikekalkan sampai bila-bila.

Beliau berucap demikian merasmikan Program Semarak Merdeka Sempena Sambutan Hari Malaysia peringkat Rukun Tetangga Anjuran Jabatan Perpaduan Sandakan, di Kampung Gas Baru, Sandakan.

Hadir sama, Pengarah Perpaduan Negeri Delin Liet Anak Blaun.

Samsuddin berkata, walaupun kerajaan memainkan peranan utama ke arahmemupu­kintegrasi­kaum dan mencapai perpaduan, pembabitan ibu bapa adalah perlu untuk mendidik anak mereka mengenai perpaduan malah fikiran anak-anak tidak wajar dicemari dengan isu perkauman.

Katanya, perpaduan dan keharmonia­n mesti diterapkan dalam budaya hidup seharian dan memberi peluang kepada kanakkanak dan generasi muda daripada pelbagai kaum untuk berinterak­si dan menjalin persahabat­an serta persefaham­an demi masa depan negara.

Pada masa sama, ibubapa perlu mencari titik persamaan dan menolak perbezaan serta mengamalka­n sikap toleransi dan persefaham­an terutamany­a membabitka­n mereka yang mendiami kawasan perkampung­an.

“Bagi mencapai tujuan itu, ibubapa perlu memupuk dan menerapkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan mereka. ” DATUK SAMSUDDIN YAHYA Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong

 ??  ?? SAMSUDIN merasmikan Program Semarak Merdeka Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Rukun Tetangga anjuran Jabatan Perpaduan Sandakan, di Kg Gas Baru, Sandakan.
SAMSUDIN merasmikan Program Semarak Merdeka Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Rukun Tetangga anjuran Jabatan Perpaduan Sandakan, di Kg Gas Baru, Sandakan.
 ??  ?? SAMSUDIN bersama kanak-kanak dan masyarakat Kg. Gas Sandakan ketika mendendang­kan lagu-lagu berunsur patriotik.
SAMSUDIN bersama kanak-kanak dan masyarakat Kg. Gas Sandakan ketika mendendang­kan lagu-lagu berunsur patriotik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia