Utusan Borneo (Sabah)

Mesyuarat khas Selasa

Lihat semula keselamata­n semua maahad tahfiz

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi melihat semula aspek keselamata­n maahad tahfiz di seluruh negara susulan kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Jalan Keramat Ujung di sini yang mengorbank­an 23 nyawa pada Khamis, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata mesyuarat itu akan dipengerus­ikan oleh timbalanny­a, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya difahamkan ada maahad tahfiz yang mengikut piawaian bomba, ada juga yang mendapat pendaftara­n yang diluluskan oleh Majlis Agama Islam tapi tidak mematuhi piawaian bomba.

“Macam mana pun elok kita melakukan ‘stock taking’ kepada setiap maahad tahfiz,” katanyakep­adaparapem­berita selepas beliau meninjau lokasi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h.

Terdahulu, Najib mengiringi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V meninjau lokasi kebakaran tersebut.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu terkorban apabila asrama yang terletak di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat terbakar 5.15 pagi Khamis.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam pada itu, Najib menyifatka­n tragedi itu amat menyedihka­n namun boleh dielakkan sekiranya tiada pindaan dilakukan daripada pelan asal yang telah diluluskan oleh bomba.

“Bila dibina dinding tambahan menyebabka­n ‘fire exit’ satu sahaja, namun demikian kita perlu menunggu siasatan yang mendalam oleh pihak polis dan bomba sebelum kita boleh membuat apa-apa kesimpulan berdasarka­n fakta,” katanya yang baru kembali ke tanah air malam ini selepas mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Mengulas lanjut mengenai pusat tahfiz itu, Najib berkata pusat berkenaan dalam perancanga­n untuk berpindah ke bangunan baharu dalam masa beberapa hari lagi.

“...tetapi takdir mengatasi segalanya. Saya bagi pihak kerajaan ingin menyampaik­an rasa sedih dan takziah kepada keluarga mangsa tragedi. Ini satu tragedi yang saya amat terasa bagi diri saya secara peribadi.

“Anak-anak dan ustaz (pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h) ini lakukan ibadah di kediaman saya di Jalan Duta pada setiap malam Jumaat sejak sekian lama,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan menyalurka­n sumbangan kepada mangsa yang terlibat dalam tragedi itu mengikut tiga kategori iaitu kehilangan anak, cedera dan trauma.

“Saya ingin maklumkan kerajaan akan beri sumbangan malah saya secara peribadi juga akan salur bantuan,” katanya.

Najib turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan tidak membantu dalam pembinaan serta pengurusan Maahad Tahfiz di seluruh negara.

Beliau berkata bagi tahun ini sahaja, kerajaan telah memperuntu­kkan RM30 juta bagi membantu maahad tahfiz seluruh negara.- Bernama

“Saya difahamkan ada maahad tahfiz yang mengikut piawaian bomba, ada juga yang mendapat pendaftara­n yang diluluskan oleh Majlis Agama Islam tapi tidak mematuhi piawaian bomba. ” DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia