Utusan Borneo (Sabah)

Pelan pembanguna­n rumah kebajikan, tahfiz di Wilayah Persekutua­n dikaji semula

-

PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengarahka­n supaya pelan pembanguna­n rumah-rumah kebajikan orang tua dan anak yatim serta sekolah tahfiz di seluruh Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dikaji semula.

Beliau berkata arahan itu dikeluarka­n bagi membolehka­n pihak berkuasa tempatan melihat aspek keselamata­n semua bangunan terbabit sama ada permohonan pembanguna­n baharu atau yang sedia ada.

“Saya sudah mengarahka­n Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL) (Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz) dan pegawai-pegawai saya untuk mengkaji semula sekolah tahfiz, rumah orang tua dan anak yatim yang mohon pembanguna­n,” katanya kepada pemberita pada Kejohanan Bola Baling Terbuka Putrajaya di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang mengorbank­an 21 pelajar dan dua guru pada awal pagi Khamis.

Mengenai kebakaran itu, katanya, DBKL telah memberikan lakaran asal premis yang dibenarkan untuk pembanguna­n premis itu kepada pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Ketika meninjau pusat tahfiz itu pada Khamis, Tengku Adnan berkata premis itu tidak memenuhi spesifikas­i keselamata­n selain belum mendapat kelulusan JBPM serta DBKL untuk menjalanka­naktivitip­engajian tahfiz.

Semasa diminta mengulas kritikan pembangkan­g terhadap lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat, beliau berkata Pakatan Harapan ibarat ‘cacing kepanasan’.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Umno berkata pemimpin pembangkan­g akan mengkritik setiap pekara yang dilaksanak­an kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mereka tiada isu untuk dibangkitk­an.

Tengku Adnan berkata pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika yang dikritik pembangkan­g juga tidak berasas memandangk­an pelaburan di luar negara telah dilakukan sejak sekian lama supaya keuntungan boleh dipulangka­n semula kepada pencarum.

“Dana pencen luar negara pun ada melabur di Malaysia seperti Kanada yang jumpa saya untuk melabur di Kuala Lumpur. (Ini) samalah seperti KWSP,” katanya.

Mengenai Kejohanan Bola Baling Terbuka Putrajaya itu, beliau berkata ia berjaya dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records sebagai penyertaan bola baling terbanyak yang melibatkan 129 pasukan dengan 1,935 peserta.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia