Utusan Borneo (Sabah)

Pengurusan 23 jenazah lakar sejarah, selesai tiga jam 15 minit

-

KUALA LUMPUR: Pengurusan 23 jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h disempurna­kan dalam masa tiga jam 15 minit dan purata masa untuk menguruska­n setiap jenazah hanya mengambil masa lebih kurang lapan minit sahaja.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Jawi) Abdul Aziz Jusoh berkata ia melakar sejarah tersendiri yang secara keseluruha­nnya, semua mangsa yang dikebumika­n di sekitar Lembah Klang termasuk di Seremban, Negeri Sembilan diselesaia­kan sebelum pukul 10 malam.

“Jenazah yang dikebumika­n di Pengkalan Kubor, Kelantan selamat disemadika­n kirakira pada 3 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.

Abdul Aziz berkata pencapaian itu hasil kerjasama berpasukan serta sokongan padu oleh semua pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorang­an yang membantu melancarka­n lagi urusan pengurusan jenazah berkenaan.

“Jawi yang mengetuai kumpulan pengurusan jenazah mangsa kebakaran semalam mengucapka­n jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menguruska­n jenazah-jenazah terbabit,” katanya.

Agensi yang terlibat ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP), Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Hospital Kuala Lumpur.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia