Utusan Borneo (Sabah)

JPA disaran kaji tangga gaji tenaga pakar sektor kesihatan

-

BAGAN DATUK: Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) diminta mengkaji semula tangga gaji tenaga pakar dalam sektor kesihatan bagi mengelakka­n kehilangan khidmat golongan profesiona­l ini berhijrah ke negara lain.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu perlu bagi mengelakka­n kekurangan tenaga mahir dalam negara kerana pendapatan lumayan diberikan oleh luar negara berbanding di negara ini.

Jelas beliau, kerajaan telah membelanja­kan Timbalan Perdana Menteri begitu banyak wang untuk perbelanja­an latihan dan pendidikan lanjutan mereka sedangkan negara berkenaan tidak pun melabur untuk latihan kepakaran lanjutan bidang tertentu untuk rakyat mereka.

“Saya lihat sudah tiba masanya pihak JPA melihat skim dan struktur gaji profesiona­l bidang berketramp­ilan utuk mengelakka­n berlakunya masalah kehilangan tenaga kita ke luar Malaysia.

“Walaupun kita tahu ia melibatkan­pelbagaise­ktorlain perkhidmat­an awam, tetapi untuk bidang perubatan kita tak mahu kehilangan ke luar negara,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Program Kesihatan Pergigian Warga Kolej Komuniti “Transforma­tion With 1Smile Together’ (TW1ST) Peringkat Kebangsaan 2017 di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk di sini pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Program TW1ST bertujuan meningkatk­an pengetahua­n warga kolej komuniti tentang kepentinga­n amalan penjagaan kesihatan pergigian dan seterusnya menjadi ejen perubahan serta suri teladan kepada golongan belia lain.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berpendapa­t Malaysia berpotensi besar dalam pelanconga­n kesihatan yang digalakkan oleh Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, kerana kemudahan dan kos

“Kemudahan hospital pakar (dalam negara) adalah sama piawaian dengan negara lain. Saya fikir Malaysia punyai potensi cukup tinggi dalam pelanconga­n kesihatan dan kekalkan tenaga pakar kita supaya boleh berikan pulangan.

perkhidmat­an yang dikenakan jauh lebih rendah berbanding negara lain dalam rantau Asia.

“Kemudahan hospital pakar (dalam negara) adalah sama piawaian dengan negara lain. Saya fikir Malaysia punyai potensi cukup tinggi dalam pelanconga­n kesihatan dan kekalkan tenaga pakar kita supaya boleh berikan pulangan,” katanya.

Justeru itu, beliau meminta dan menyerahka­n kepada kebijaksan­aan ketua pengarah JPA untuk mengatasi masalah penghijrah­an tenaga profesiona­l bekerja di luar negara. -Bernama

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI

 ??  ?? AHMAD Zahid merasmikan Program Kesihatan Pergigian Warga Kolej Komuniti ‘Transforma­tion With 1Smile Together’ (TWIST) peringkat Kebangsaan 2017 di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk pada Sabtu. -Gambar Bernama
AHMAD Zahid merasmikan Program Kesihatan Pergigian Warga Kolej Komuniti ‘Transforma­tion With 1Smile Together’ (TWIST) peringkat Kebangsaan 2017 di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk pada Sabtu. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia