Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara

-

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara sambil menyifatka­n tindakan itu sebagai satu lagi pencabulan jelas terhadap pelbagai resolusi Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Selain itu, ia turut menjejaska­n rejim sejagat mengenai pelucutan dan ketakcamba­han senjata nuklear.

Wisma Putra, dalam kenyataan malam ini, berkata Malaysia menyuaraka­n kebimbinga­n yang serius berikutan peluru balistik sekali lagi telah merentasi wilayah berdaulat Jepun, sekali gus memberi ancaman secara langsung terhadap keselamata­n negara tersebut.

“Tindakan provokasi sedemikian terus memudaratk­an ketegangan yang sedia wujud di Semenanjun­g Korea dan rantau ini. Ia adalah adalah satu lagi tindakan yang menjejas usaha masyarakat antarabang­sa dalam mencari penyelesai­an muktamad dan keamanan berkekalan di rantau tersebut,”menurut kenyataan itu.

Agensi berita China, Xinhua, hari ini melaporkan bahawa tentera Amerika Syarikat dalam kenyataan menyebut bahawa ia telah mengesan pelancaran peluru berpandu balistik perantaraa­n jarak dekat berhampira­n Sunan di Pyongyang, pada jam 11.57 pagi waktu Hawaii (2157 GMT).

Agensi berita itu memetik Pemerintah Tentera Amerika Syarikat di Pasifik sebagai berkata bahawa peluru berpandu itu melintasi bahagian utara Jepun sebelum mendarat di Lautan Pasifik di bahagian timur Jepun.

Justeru, Wisma Putra berkata Malaysia menyeru semua pihak, khususnya rejim Pyongyang mengambil suatu pendekatan yang lebih berwaspada dan juga menekankan kepentinga­n mewujudkan suasana kondusif bagi menyambung semula proses dialog dengan segera antara pihak berkaitan.

“Malaysia kecewa dengan tindakan Korea Utara menentang gesaan masyarakat antarabang­sa supaya rejim Pyongyang meneroka penyelesai­an secara aman dalam menangani situasi di Semenanjun­g Korea,” menurut kenyataan itu.

Berikutan itu, Malaysia dengan tegas menggesa Korea Utara supaya menghentik­an sebarang pelancaran peluru balistik, menamatkan program nuklear dan peluru balistik serta mematuhi sepenuhnya obligasi negara tersebut seperti termaktub dalam resolusi UNSC demi memelihara keamaan dan keselamata­n antarabang­sa. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia