Utusan Borneo (Sabah)

Segala keputusan PM hanya untuk pertumbuha­n ekonomi: Hamzah

-

BATU KURAU: Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata segala keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatannya ke Amerika Syarikat adalah untuk pertumbuha­n ekonomi negara.

Ini katanya termasuk cadangan pembelian tambahan pesawat Boeing bagi kegunaan syarikat penerbanga­n Malaysia Airlines.

“Negara besar seperti China, Arab Saudi, Amerika Syarikat dan United Kingdom mahu menjadikan Malaysia sebagai sahabat dalam perdaganga­n bersama,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, Hamzah yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, meminta rakyat agar tidak terpedaya dengan tohmahan pembangkan­g yang lantang mengkritik pembelian pesawat Boeing itu.

Ini kerana katanya pembangkan­g hanya mahu menimbulka­n rasa tidak percaya rakyat terhadap kerajaan.

“Itulah kerja pembangkan­g, untuk merosakkan pemikiran dan ingin memecahbel­ahkan masyarakat. Rakyat sepatutnya sedar segala keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah demi pertumbuha­n ekonomi negara,” katanya.

Perdana Menteri sewaktu lawatan kerja beliau bertemu Presiden AS Donald Trump baru-baru ini mengumumka­n pembelian tambahan pesawat bernilai lebih US$10 bilion.

Terdahulu Hamzah mengadakan lawatan ke tapak Fiesta Larut 2017 di sini yang bermula 14 Sept lalu hingga esok serta menampilka­n pelbagai permainan sukan rakyat, hiburan dan pameran oleh agensi kerajaan. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia