Utusan Borneo (Sabah)

Askar Romania maut di Kandahar

-

KABUL: Seorang askar Romania terkorban dalam serangan nekad Taliban ke atas konvoi NATO di selatan Afghanista­n yang turut mencederak­an dua lagi, kata pihak berkuasa semalam.

Penyerang memandu sebuah kenderaan membawa bahan letupan ke arah pasukan peronda asing ketika mereka memandu melalui daerah Daman di wilayah Kandahar kelmarin.

Kesemua tiga mangsa yang maut dan cedera adalah askar Romania, misi melatih dan membantu Resolute Support NATO menyatakan dalam satu kenyataan.

Jeneral John Nicholson, yang mengetuai pasukan tentera AS dan NATO di Afghanista­n, mengecam serangan itu dan menyatakan ia sebagai bukti lanjut bahawa pihak Taliban “tidak berminat untuk berdamai”.

“Kehilangan ini hanya akan memperkuku­hkan matlamat dan bantuan kami kepada kerajaan Afghan dan rakyatnya ketika kami berusaha bagi sebuah negara Afghanista­n yang selamat dan stabil,” menurut Nicholson.

Dalam mesej WhatsApp kepada wartawan kelmarin jurucakap Taliban Qari Yousuf Ahmadi menyatakan tujuh pasukan tentera penceroboh terbunuh dalam serangan bom kereta.

Serangan terbaharu oleh Taliban selepas janji kumpulan itu untuk menjadikan Afghanista­n kepada sebuah “kawasan perkuburan” bagi pasukan tentera asing selepas pengumuman Presiden AS DonaldTrum­ppadabulan­lepas untuk memastikan kedudukan Amerika di kawasan tersebut tidak dipertikai­kan.

Pada awal bulan ini dua orang pengebom nekad Taliban telah melancarka­n serangan berasingan di sekitar Pangkalan Udara Bagram, pangkalan terbesar di Amerika di negara ini, yang mencederak­an beberapa orang anggota tentera AS dan orang awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia