Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 4,000 permohonan RMR1M dari Sarawak

Parlimen Santubong paling banyak dengan 854 permohonan, SPNB akan perbanyak pembinaan RMR

-

KUCHING: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima lebih daripada 4,000 permohonan bagi pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) dari Sarawak.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,739 permohonan diluluskan dengan 986 unit telah siap, 162 unit dalam pembinaan dan 591 unit lagi dalam proses dokumen perjanjian.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, permohonan paling banyak diterima dari Parlimen Santubong iaitu sebanyak 854.

Daripada jumlah itu, sebanyak 174 permohonan telah ditolak oleh SPNB atas sebab sudah memiliki rumah sendiri serta pendapatan melebihi daripada RM3,000 sebulan.

“Kerajaan melalui SPNB akan memperbany­akkan pembinaan RMR kerana program perumahan merupakan satu tumpuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Begitu juga di Sarawak ini, saya yakin Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg amat peka dalam perkara ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­nIndentKer­jadan Sijil Subsidi SPNB di Dewan Serbaguna, Pusat Khidmat Parlimen Santubong, Jalan Kulas di sini pada Jumaat.

Terdahulu Pegawai Perhubunga­n SPNB Sarawak Wan Habeeb Wan Yep

“Kerajaan melalui SPNB akan memperbany­akkan pembinaan RMR kerana program perumahan merupakan satu tumpuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Begitu juga di Sarawak ini, saya yakin Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun ” Openg amat peka dalam perkara ini. DATO SRI DR WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Mohdzar berkata, Parlimen Santubong merupakan paling aktif dalam permohonan RMR1M.

Katanya, daripada 854 permohonan yang diterima, sebanyak 281 unit telah dibina dengan 74 unit lagi diluluskan bagi tahun ini.

Pada Jumaat, katanya, sebanyak 15 unit RMR bagi kawasan Santubong diserahkan oleh kerajaan pusat melalui SPNB kepada pihak kontraktor untuk dibina dan siap dalam tempoh tiga bulan.

“Kerajaan menyediaka­n subsidi berjumlah RM480,000 bagi pembinaan 15 unit RMR ini iaitu RM300,000 untuk subsidi pembinaan dan RM180,000 lagi subsidi kadar faedah.

“Rumah yang akan dibina ini mempunyai keluasan 700 kaki persegi, tiga bilik tidur, dua bilik air, satu ruang tamu dan satu dapur yang mana cukup selesa untuk pemiliknya,” katanya.

Program RMR1M diwujudkan bagi membantu golongan berpendapa­tan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Di majlis itu pada Jumaat, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong turut menyerahka­n peruntukan sebanyak RM20,000 kepada Masjid Darul Solihin, Telaga Air.

 ??  ?? WAN Junaidi (duduk barisan kedua lima kiri) merakamkan kenangan bersama kontraktor dan pemohon RMR yang berjaya bagi kawasan Santubong, semalam. Turut kelihatan Wan Habeeb (berdiri kiri).
WAN Junaidi (duduk barisan kedua lima kiri) merakamkan kenangan bersama kontraktor dan pemohon RMR yang berjaya bagi kawasan Santubong, semalam. Turut kelihatan Wan Habeeb (berdiri kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia