Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan pertimbang alternatif rawat bekalan air

-

SERIAN: Kementeria­n Utiliti mempertimb­ang secara serius penggunaan alternatif lebih selamat untuk gas klorin bagi pembasmian kuman air di semua loji rawatan air di seluruh negeri.

Menterinya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kementeria­n cuba menjauhi penggunaan gas klorin konvension­al kerana ia menimbul bahaya kepada pengguna.

Katanya, mereka mendapati bahawa elektroklo­rida adalah alternatif lebih selamat bagi pembasmian kuman, bakteria, virus dan sebagainya dalam air.

“Pagi ini (Jumaat) kami menerima taklimat mengenai projek perintis untuk pembasmian kuman alternatif dengan elektroklo­rida.

“Saya berterima kasih kepada Lutz Jesco dari Jerman kerana memperkena­lkan teknologi ini yang mana mudah dan cepat dipasang dalam tempoh beberapa hari sahaja,” katanya.

Jelasnya, kementeria­n berharap dapat mengguna teknologi bagi pembasmian kuman pada masa depan untuk kualiti air kerana kita perlu kualiti air sangat baik dalam had ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika lawatan rasmi ke Loji Rawatan Air Slabi di sini pada Jumaat.

Tambah Rundi, beliau melawat kilang di Jerman menggunaka­n beberapa jenis kapasiti unit.

Pada masa ini katanya, mereka melakukan percubaan bagi 10 juta liter sehari (MLD) di loji lama Slabi yang membekalka­n air ke kawasan Simunjan.

“Setakatini­projekperi­ntisini sangat baik. Bahagian menarik ialah kami menyambung­kan sistem dalam talian supaya boleh memantauny­a dari ibu pejabat Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBLAB) bahkan melalui telefon bimbit.

“Ini akan membolehka­n kita mengetahui tahap kimia dan sebagainya, sama ada berjalan dengan lancar atau tidak,” katanya.

Elektroklo­rida adalah proses hipoklorit dihasil daripada elektrolis­is menggunaka­n larutan garam dan yang dipercayai lebih selamat kerana penggunaan bahan utama adalah garam dan diguna di Eropah serta Amerika malah kini diguna secara meluas di Mexico.

“Saya rasa kita bernasib baik sekurang-kurangnya mengetahui alternatif positif untuk diguna terutamany­a aspek keselamata­n.

“Kami melihat jangka panjang dan tidak perlu mengguna gas klorin kerana apa diperlu hanya garam lebih murah dengan jumlah garam diguna untuk logi 10 MLD di Slabi ialah 75 kilogram (kg) sehari,” katanya.

Rundi turut memberi jaminan bahawa garam tidak akan masuk ke dalam sistem badan kerana garam hanya digunakanu­ntukmengha­silkan hipoklorit.

Turut hadir pada lawatan itu semalam, Menteri Muda Bekalan Air, Datuk Liwan Lagang, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar, Dr Abdul Rahman Junaidi dan Ketua Pegawai Operasi Lutz Jesco, Robert Heuschneid­er.

 ??  ?? ROBERT (dua kiri) memberi taklimat kepada Rundi (tiga kanan), Liwan (dua kanan) dan Dr Abdul Rahman mengenai teknologi elektroklo­rida.
ROBERT (dua kiri) memberi taklimat kepada Rundi (tiga kanan), Liwan (dua kanan) dan Dr Abdul Rahman mengenai teknologi elektroklo­rida.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia