Utusan Borneo (Sabah)

Guna NBOS tangani gejala sosial pelajar

-

LIMBANG: Pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) perlu diguna melalui penglibata­n semua pihak dalam usaha menangani peningkata­n gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah.

Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat berkata, semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa, masyarakat, agensi kerajaan, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)perlumemai­nperanan menangani cabaran yang boleh mencetus peningkata­n gejala sosial.

Katanya, mereka tidak hanya menjadi pemerhati sebaliknya bersama-sama sekolah menangani masalah sosial daripada terus berleluasa.

“Kerjasama semua pihak melalui NBOS perlu untuk menangani masalah sosial dalam kalangan pelajar daripada terus berleluasa.

“Program berkonsep komuniti perlu dilaksana dengan penglibata­n semua bagi menangani masalah semakin membimbang­kan seperti yang kita lihat di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Sehati Sejiwa di Dataran Perhimpuna­n SMK Seri Patiambun di sini pada Jumaat.

Turut sama ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah SurayaHasb­ibollah,Pengetua SMK Seri Patiambun Ahmad Melan, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Seri Patiambun Imban Geruna dan guruguru sekolah itu.

Sufian berkata lagi kebanyakan kes dan masalah sosial dalam kalangan pelajar tidak diketahui ibu bapa mereka.

“Sudah tiba masa ibu bapa memain peranan lebih proaktif mendidik anak dan menjadi role model tanpa bergantung kepada sekolah,”katanya lagi.

Jelasnya, sikap menuding jari dan mencari kesalahan kepada pihak sekolah juga perlu dikikis.

Selain itu katanya anak muda perlu mengambil peluang dengan perlaksana­an Koridor Tenaga Mudah Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) yang menawarkan 1.5 juta peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

Anak-anak tempatan katanya perlu meningkatk­an kemahiran seperti yang dikehendak­i SCORE.

“Amat rugi sekiranya anak tidak melanjutka­n pelajaran ke peringkat tinggi mendapatka­n pekerjaan.

“Lebih baik kita hantar anak ke pusat latihan dalam meningkatk­an kemahiran mengisi kekosongan ditawar dalam sektor SCORE,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia