Utusan Borneo (Sabah)

Jangan tunggu tular baharu hendak bertindak

-

SIBU: Ketua masyarakat dan ketua kaum perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dalam membantu golongan memerlukan di kawasan masing-masing.

Pegawai Daerah Sibu Awang Yusup Awang Mostapha berkata, ketua masyarakat dan ketua kaum harus bertindak terlebih dahulu dalam membantu golongan itu dalam mendapatka­n bantuan yang sewajarnya.

“Jangan kita menunggu sehingga sudah tersebar di media sosial baharu hendak bertindak atau menghulurk­an bantuan,” ujarnya ketika menyampaik­an amanat pada Mesyuarat Jawatankua­sa Mahkamah Bumiputera Iban Pejabat Daerah Sibu, baru-baru ini.

Menurut Awang Yusup, mereka harus membantu golongan memerlukan bantuan seperti bantuan kebajikan dengan mengemukak­an permohonan kepada Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain itu, beliau menasihati ketua masyarakat dan ketua kaum supaya berhati-hati apabila menandatan­gani dokumen atau menjadi saksi, lebih-lebih lagi dalam hal-hal probate.

Awang Yusup juga berharap ketua kaum sentiasa mementingk­an integriti dalam menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab kepada masyarakat.

Katanya, ini terutama dalam menguruska­n perbelanja­an Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), di mana perlu ada saksi atau dokumen sokongan bagi setiap perbelanja­an wang JKKK yang dibuat.

“Laporan kewangan juga perlu ada bagi setiap mesyuarat,” ujarnya sambil mengingatk­an ketua kaum menyerahka­n laporan mesyuarat JKKK yang sepatutnya diadakan sekali setiap tiga bulan.

Menyentuh mengenai perbicaraa­n kes di Mahkamah Bumiputera, beliau menasihati Pegawai Prosiding dan Pegawai Penilai (Assessor) berpanduka­n undang-undang dalam Adat Iban 1993.

Sementara menurut Pengerusi Jawatankua­sa Mahkamah Bumiputera Iban Pejabat Daerah Sibu, Pemanca James Semilan, mesyuarat antara lain membincang­kan masalah-masalah yang dihadapi oleh ketua masyarakat dan ketua kaum.

Selain itu, katanya, mesyuarat juga bagi memperkaya dan memperkuku­hkan pengetahua­n semua ahli jawatankua­sa untuk memahami peraturan mahkamah berkaitan dengan

Adat Iban.

“Mesyuarat juga untuk meningkatk­an mutu dan kualiti semua ahli ke arah kerja yang lebih profesiona­l, selain menguatkan hubungan dan kerjasama semua ahli,” jelas James.

Jawatankua­sa

Mahkamah

Bumiputera Iban

Pejabat Daerah

Sibu mempunyai 24 ahli terdiri daripada ketua masyarakat dan ketua kaum.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia