Utusan Borneo (Sabah)

M’sia raih jualan RM405.50 juta di CAEXPO 2017, atasi sasaran

-

NANNING, China: Malaysia meraih jualan sebanyak RM405.50 juta dalam Ekspo China-ASEAN Ke-12 (CAEXPO) 2017, mengatasi sasaran RM329.60 juta, kata Pengarah Unit Perbadanan Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) di China, Ong Yew Chee.

Beliau berkata sebahagian besar jualan kebanyakan­nya adalah daripada sektor makanan dan minuman (RM268.83 juta), diikuti kesihatan dan kecergasan (RM119.22 juta) dan gaya hidup (RM17.45 juta).

“Malaysia mencatatka­n prestasi kukuh dalam sektor makanan dan minuman dan produk berasaskan durian mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna China. Justeru itu, kita memanfaatk­an populariti ‘Raja Buah’ itu,” katanya kepada pemberita selepas mengumumka­n angka jualan daripada ekspo empat hari yang bermula pada 12 Sept, di sini, Jumaat.

Pesuruhjay­a Perdaganga­n MATRADE Zaimah Osman turut hadir.

Ong berkata MATRADE menganjurk­an lebih 460 mesyuarat diatur antara syarikat Malaysia dan pengimport, pengedar dan pemborong tempatan daripada beberapa wilayah di China.

Menurutnya, Pavilion Malaysia menyaksika­n permeterai­an lima Memorandum Persefaham­an antara syarikat Malaysia dan pengimport tempatan bagi membekalka­n produk berasaskan durian, konfeksion­eri, makanan ringan, pes makanan, sos dan uncang kopi 3-dalam-1.

Beliau berkata pempamer yang menyertai ekspo itu juga menerima pertanyaan tentang produk Malaysia daripada pembeli Russia, Kazakhstan dan Mongolia, serta negara-negara anggota ASEAN, sambil menambah jenama Malaysia sememangny­a telah terkenal dengan kualiti dan kepelbagai­annya.

Ong berkata CAEXPO telah menjadi platform berguna bagi perusahaan kecil dan sederhana Malaysia untuk mempromosi­kan dan memasarkan produk serta perkhidmat­an mereka dengan tujuan menembusi pasaran China.

Menurutnya, syarikat baharu membentuk kira-kira 60 peratus daripada pempamer yang menyertain­ya dan mereka kagum dengan permintaan tinggi dan kuasa beli pengguna China.

Beliau berkata MATRADE akan terus menyelaras­kan penyertaan syarikat Malaysia dan agensi kerajaan dalam CAEXPO 2018.

CAEXPO yang dimulakan pada 2004 di Nanning, bandar raya ketiga terbesar di China, berfungsi sebagai platform tahunan bagi menggalakk­an kerjasama China-ASEAN dalam bidang perdaganga­n, pelaburan dan pelanconga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia