Utusan Borneo (Sabah)

PKS perlu lebih sokongan daripada k’jaan: MIMCOIN

-

KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian India Muslim Malaysia (MIMCOIN) berharap kerajaan dapat memberi lebih banyak sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam menghadapi persekitar­an perniagaan yang mencabar.

Presidenny­a, Datuk Jamarul Khan MS Kadir meminta kerajaan mewujudkan insentif baharu seperti pelepasan cukai pendapatan dan pengecuali­an cukai yang lebih lagi dengan tujuan merangsang pertumbuha­n PKS.

“Kestabilan adalah inti pati untuk pembanguna­n perniagaan, tetapi tanpa insentif, usahawan muda tidak akan mendapat motivasi untuk meningkatk­an perniagaan mereka kerana pengeluara­n dan kos overhead yang tinggi.

“Mereka juga tidak akan dapat mengembang­kan perniagaan mereka kerana margin semakin kecil,” katanya kepada Bernama semasa ditemui pada majlis Anugerah Dinar Emas Kedua MIMCOIN 2017 di sini, kelmarin.

Jamarul Khan berkata anugerah itu memberi inspirasi dan menggalakk­an peneraju perniagaan di negara ini dan bertindak sebagai platform rangkaian, menghubung­kan usahawan, termasuk generasi lama dan baharu.

Pada majlis tersebut, 35 pemilik perniagaan yang berjaya diberi penghormat­an di atas pencapaian mereka.

“Selain anugerah dan Kongres PKS, yang diadakan semalam, turut diadakan pameran perdaganga­n, yang mempamerka­n beberapa produk dan perkhidmat­an kepada pelawat, dan masuk adalah percuma,” katanya.

MIMCOIN, pertubuhan bukan keuntungan, ditubuhkan pada 2012 sebagai platform perangkaia­n bagi komuniti perniagaan Muslim India Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia