Utusan Borneo (Sabah)

Conte mahu anak buahnya lakar kemenangan berdepan Arsenal malam ini Chelsea mahu tebus kecewa

-

LONDON: Antonio Conte (gambar bawah) telah mencabar Chelsea untuk menebus kekalahan mereka pada musim lepas dalam perlawanan akhir Piala FA apabila mereka menentang pencabar kejuaraan Arsenal pada malam ini.

Pasukan Conte dinafikan dua kejuaraan yang tidak boleh dilupakan, Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA, apabila juara itu tumpas 2-1 kepada Arsenal di Wembley pada Mei lalu.

Dengan Alexis Sanchez yang menjaringk­an gol pembukaan kontrovers­i bagi Arsenal dan pemain Chelsea, Victor Moses, dibuang dari padang kerana sengaja menjatuhka­n diri, ia adalah penamat yang pahit kepada musim pertama yang hampir sempurna bagi Conte.

Pasukan The Gunners turut memberikan kekalahan yang paling menginsafk­an kepada Conte selaku pengendali pada awal musim itu dengan kemenangan 3-0 dalam liga, selain menewaskan Chelsea dalam perlawanan Piala Perisai Komuniti pada permulaan musim ini.

Sebarang pertemuan dengan musuh tetangga

London, Arsenal, adalah waktu yang penting dalam musim Chelsea, tetapi kekalahan yang menyakitka­n itu bermakna perlawanan tetangga mutakhir di Stamford Bridge membawa makna tambahan bagi Conte dan rakan-rakan.

“Saya sangat ingat perlawanan itu. Kami tidak bernasib baik, jika anda ingat gol pertama, ia sangat aneh,” kata Conte mengenai perlawanan akhir Piala itu.

“Saya pasti gol ini akan dibatalkan, sebaliknya kami ketinggala­n 1-0.

“Kami cuba mengubah permainan,kemudi- an kad merah, dengan 10 pemain kami menyamakan kedudukan, tetapi kemudian kami melepaskan satu lagi gol. “Apabila kita tewas, kekecewaan sentiasa dirasai tetapi saya sentiasa melihat mentaliti yang baik dari pemain saya apabila kekalahan berlaku. “Selepas permulaan yang buruk pada musim ini, kekalahan kepada Burnley, saya ada jawapan yang bagus dari pemain saya, mereka menunjukka­n mentaliti hebat.”

Selain kekalahan pada hujung minggu pembukaan kepada Burnley, ia adalah permulaan yang sempurna bagi Chelsea, dengan tiga kemenangan liga berturut-turut diikuti kemenangan 6-0 ke atas Qarabag dalam Liga Juara-Juara pada Selasa lepas.

Sebaliknya, Arsenal mengalami waktu yang goyah selepas kekalahan di Stoke disusuli kekalahan 4-0 yang memalukan kepada Liverpool.

Kemenangan ke atas Bournemout­h dan Cologne masih belum dapat mengurangk­an kebimbanga­n penyokong Arsenal yang percaya pengurus The Gunners, Arsene Wenger, bukan lagi orang yang sesuai untuk jawatan itu.

Arsenal sudah 13 tahun tidak memenangi kejuaraan Inggeris dan pada musim lepas, gagal untuk layak ke Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun.

Conte, yang ingin sekali memastikan pemainnya memberi tumpuan, enggan menepis Arsenal apabila ditanya mengenai permulaan mereka yang bermasalah.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai masalah Arsenal. Anda sangat tahu bahawa dalam satu perlawanan, apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

“Mereka adalah satu daripada enam pasukan terkemuka di England dan berupaya untuk memenangi kejuaraan.”

Kebimbanga­n utama Conte menjelang perlawanan tetangga ini ialah penyakit yang telah membuatnya sakit tekak – bukan situasi yang ideal bagi seorang pengurus yang terkenal kerana memekik apabila dia memberi arahan kepada pemainnya sewaktu perlawanan berlangsun­g.

“Saya telah mengambil antibiotik. Saya berharap untuk menyelesai­kan situasi ini, jika tidak ia akan menjadi masalah bagi saya!” kata Conte, yang mungkin akan menurunkan Eden Hazard buat pertama kali pada musim ini selepas dia pulih daripada pembedahan buku lali.

Pasukan Wenger tidak ada margin kesilapan dalam usaha mereka untuk mencabar penentu rentak awal dalam perebutan kejuaraan dan pemain pertahanan Arsenal Per Mertesacke­r mengakui ia adalah penting bagi Sanchez untuk menemui semula prestasiny­a yang terbaik.

Sanchez gagal dalam cubaannya untuk memaksa perpindaha­n ke Manchester City pada hari terakhir, tetapi penyerang Chile itu masih sebahagian daripada rancangan Wenger dan menjaringk­an gol ketika menentang Cologne pada Khamis lepas.

“Dia adalah sebahagian daripada pasukan, jadi kami mahu semua orang terlibat pada tahap terbaik mereka. Dan sudah tentulah dia memainkan peranan amat penting,” kata Mertesacke­r.

“Saya rasa dia gembira untuk menyertai kita dan berkorban, itulah apa yang dia selalu buat.”

Menyedari bahawa Liverpool mengeksplo­itasi kelemahan pertahanan Arsenal, Mertesacke­r berkata pasukannya tidak akan begitu naif pada kali ini.

“Kami perlu belajar dengan cepat dan tidak membuat kesilapan yang sama lagi,” katanya.

“Liverpool sebenarnya menewaskan kami dalam serangan balas dan Chelsea akan cuba melakukan perkara yang sama pada Ahad ini.”

 ??  ?? CHELSEA tekad tebus kekecewaan apabila turun menentang Arsenal malam ini.
CHELSEA tekad tebus kekecewaan apabila turun menentang Arsenal malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia