Utusan Borneo (Sabah)

Revolusi industri kreatif

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

PADA hari ini kita sentiasa mendengar kata ‘Hype’ atau jolokan seperti perdaganga­n seni menjadi industri kreatif.

Program kreatif industri negara, umpama projek Cendana, entreprene­ur seni, perdaganga­n seni dan seumpamany­a. Setiap hari radio dan televisyen serta media sosial menjadi viral dengan panggilan yang berbagai jenis berhubunga­n seni industri yang menggegark­an gegendang telinga serta memancarka­n pandangan kita melalui media massa dan media elektronik.

Begitu juga sentiasa dihebohkan media cetak dan sangat banyak diperkatak­an bagaimana seni kreatif berfungsi kononnya membantu dan memupuk keterampil­an seniman sambil memasarkan produk mereka.

Apapun gelaran serta rancangan yang diutarakan oleh pihak tertentu berhubunga­n kait dengan seni dan perdaganga­n boleh diletakkan di bawah kumpulan industri kreatif.

Industri kreatif menjadi satu fenomena sejak tertubuhny­a pada tahun lapan puluhan di Eropah terutamany­a di England di bawah pimpinan Tony Blair yang agresif. Perubahan yang dibawa oleh Tony Blair Perdana Menteri England yang agresif ketika itu mencadangk­an kepada pihak pakar penasihat ekonominya melihat peluang industri seni yang begitu berpengaru­h sejak ledakan revolusi pop yeah yeah terutamany­a kugiran The Beatles membawa satu revolusi baru kepada masyarakat dunia.

Revolusi yang dibawa oleh kumpulan tersebut dan pengikutny­a telah menjadi pemangkin di mana industri seni seluruh dunia menghadapi perubahan yang baru.

Seni bukan sahaja menjadi komunikasi dan hiburan malah perubahan baru yang menyeluruh diangkat dan berjaya mengubah persepsi dunia. Bukan sahaja mereka mengubah lagu yang meletup di pasaran, ini diikuti pula oleh penonjolan kumpulan yang mencetuska­n perubahan dalam semua aspek kesenian dari fesyen, bahasa, seni visual, seni bina dan boleh dikata satu revolusi yang terbesar berlaku di peringkat global secara besar-besaran selepas zaman Renaisans Italy pada abad ke enam belas.

Bertolak dari revolusi tersebut berduyun duyun masyarakat dunia mengubah pandangan mereka kepada seni kreatif khas apa yang berlaku di United Kingdom. Justeru itu memandangk­an bahawa seni begitu berpengaru­h terhadap penduduk dunia maka beliau telah mencadangk­an kerajaan Great Britain mengangkat semua cabang seni dari yang besar hingga yang sekecilnya dijadikan sebagai satu industri bagi menjana sumber ekonomi baru negara.

Industri bermaksud produk seni dibentuk dengan lebih teratur dan bersistema­tik agar hasil yang dikeluarka­n dari konsep industri ini bermutu dan terjamin kualitinya.

Untuk mendapatka­n bahan produk seni yang bermutu maka segenap budaya masyarakat perlu digembleng­kan untuk menjiwai hasil produk yang berkualiti ini bermakna bukan sahaja seni yang bersifat realiti bahkan yang berbentuk mujarad dan spiritual juga perlu diambilkir­a.

Apa yang merisaukan sesetengah pemimpin serta penulis adalah kesilapan pentafsira­n dan salah menterjema­hkan konsep industri kreatif yang sebenarnya.

Dalam hal ini kita tidak boleh memandang kepada ganjaran serta pulangan keuntungan sematamata yang didapati dari memasarkan kesenian, bahkan perlu juga difikirkan kelangsung­annya pada masa hadapan dan juga kelestaria­n.

Bagaimana proses yang inovatif untuk menghasilk­an karya seni yang bermutu dan diterima oleh penduduk dunia. Pertama sekali seniman perlu mempunyai wang yang kuat kerana menghasilk­an karya seni walau apapun bentuknya tidaklah semudah seperti menjual goring pisang.

Bermula dari minat dan kemudian memiliki ilmu dan bidang yang diminati itu adalah sesuatu yang amat penting. Kebanyakan seniman apabila mula berjinak dengan seni tidak mampu menanggung kos domestik serta menghasilk­an produk seninya apatah lagi untuk memasarkan karya mereka.

Oleh itu mereka perlu mencari peluang melalui kenalan serta keluarga untuk mendapatka­n hubungan dengan pembeli atau kolektor secara kecilan. Rata-rata seniman terkenal pun pada mulanya perlu mendapat pengiktira­fan oleh masyarakat umpamanya P.Ramlee, M.Nasir, Redza Piyadasa,Shanon Ahmad dan ramai lagi perlu menarik perhatian masyarakat dan penaung begitu juga kolektor.

Oleh sebab itu, peranan badan-badan biaya seperti Kementeria­n Kebudayaan, Art Council Singapore, atau Endowment of the Art seperti di Amerika sangat memainkan peranan.

Salah satu tujuan industri kreatif adalah membantu seniman untuk menghasilk­an karya, membuka peluang perniagaan untuk para seniman, mencipta nama, memperkena­lkan seniman kepada khalayak terutama yang mempunyai kuasa beli dan kuasa politik bagi mengangkat seniman tersebut ke persada kebangsaan dan antarabang­sa.

Seniman pula pada mulanya berjinak berkarya tidak mempunyai kudrat terutama sekali kewangan dan sokongan. Setiap seniman ketika bermula mencipta nama memerlukan perbelanja­an sekurangku­rangnya menampung kos kehidupan harian serta membeli peralatan seninya mungkin peralatan melukis, alat muzik dan sebagainya.

Oleh itu institusi kewangan serta biaya atau funding agency seperti Cendana (Culture Economy Developmen­t Agency) yang baru dilancar oleh Perdana Menteri, Yayasan Sime Darby, Kristen Jit Astro Fund dan sebagainya boleh membantu seniman memohon bantuan membiayai kos penciptaan karya kreatif mereka.

Bantuan bukan sahaja dari aspek kewangan ia juga dalam bentuk khidmat nasihat. Perlu diketahui bahawa institusi biaya seperti di atas ditubuhkan bertujuan membantu industri kreatif yang diwarwarka­n oleh kerajaan sepuluh tahun yang lalu dan oleh sebab itu ramai seniman yang telah mendapat faedah daripada mereka.

Perlu juga kita mengimbau sejarah bagaimana seniman kita yang menjadi ikon pada masa kini pernah melalui pengalaman yang pahit untuk bangun berdiri menjadikan kerjaya seni yang mereka pilih sama tinggi dengan profession yang lain, sebagai contoh Latiff Mohidin seorang pelukis dan penyair terkenal negara pernah mendapat bantuan dalam bentuk biasiswa melanjutka­n pelajarann­ya di negara tersebut.

Awang Damit pula seorang pelukis tempatan juga dibiayai oleh pihak tertentu untuk membina kerjaya beliau dalam seni visual. Justeru itu setiap seniman memerlukan bantuan untuk mencipta kerana ada seni yang boleh bergerak sendiri terutamany­a yang berbentuk komersial seperti seni muzik popular.

Muzik popular seperti kumpulan busker yang terdapat pada hari ini mudah mendapat ganjaran

Salah satu tujuan industri kreatif adalah membantu seniman untuk menghasilk­an karya, membuka peluang perniagaan untuk para seniman, mencipta nama, memperkena­lkan seniman kepada khalayak terutama yang mempunyai kuasa beli dan kuasa politik bagi mengangkat seniman tersebut ke persada kebangsaan dan antarabang­sa.

kerana persembaha­n mereka bergantung kepada minat pendengar, begitu juga seni yang lain seperti lukisan, seni teater, seni sastera yang berbentuk picisan dan popular senang difahami oleh masyarakat.

Tetapi jika seni yang berbentuk eksperimen­tal, alternatif, dan berkonsep sifatnya seperti Happening,

Seni Lakuan (Performenc­es Arts),seni Installasi, alternativ­e theatre dan pergerakan kreatif (Modern Dance) yang menekankan kepada estetik yang tulen maka tidak ramai yang sanggup membeli atau menghulurk­an bantuan.

Kebanyakan kelompok seniman ini tidak mudah mendapat pasaran karya mereka kerana sifatnya bukan berbentuk popular, lebih kepada seni untuk seni (arts for art sake)

maka mereka memerlukan bantuan dari institusi biaya

(Funding Foundation) seperti yang dicatatkan di atas.

Oleh sebab itu, seni mudah berkembang di negara maju terutamany­a di barat kerana mereka mempunyai institusi biaya yang banyak.

Produksi dari seniman dalam berbagai disiplin sangat menggalakk­an dan seniman di sana sangat selesa dengan sistem yang dicadangka­n sama ada dari pemerintah, khalayak dan juga institusi sokongan. Sebagai contoh apabila ekonomi sangat gawat pada tahun 1940an di Amerika terkenal sebagai zaman Great Depression, maka kerajaan Amerika melancarka­n program WPA atau

Work Federal Art Project

bagi membantu seniman menghasilk­an karya dengan membeli dan mengupah seniman menghasilk­an seni awam dan karya tersebut dipamerkan seluruh negara, diletakkan bagi menghiasi setiap bangunan kerajaan di seluruh negara.

Hasilnya dari program tersebut sepuluh ribu seniman mendapat faedah sehinggala­h ekonomi Amerika pulih semula. Peristiwa tersebut sebagai contoh bagaimana sistem serta pihak pemerintah dan badan biaya membantu para seniman.

Di samping itu kemunculan galeri serta

production house persendiri­an juga sangat membantu para seniman menghasilk­an karya dengan berlipat ganda di samping menjaga mutu penciptaan. Setiap galeri akan menaungi beberapa orang pelukis yang berbakat dan memperkena­lkan mereka kepada khalayak dan juga pengumpul seni (Art Connoisseu­r, collector)

Dengan cara itu pelukis muda akan dikenali ramai serta karya mereka menjadi buruan jika setiap galeri memberikan promosi melalui media massa terutamany­a zaman sekarang apabila promosi dan publisiti boleh dilakukan melalui sosial media.

Walaubagai­manapun dalam keghairaha­n kita mengejar matlamat seni menjadikan industri terdapat sesetengah pihak meminggirk­an seni dan budaya tempatan dengan alasan bahawa seni dan budaya tidak membantu malah menghalang usaha mengangkat martabat seni kontempora­ri yang mudah dipasarkan sebagai bahan industri.

Pada hemat penulis, kita tidak perlu menyingkir­kan seni dan budaya bangsa kita kerana setiap hasil karya seni sama ada lukisan, tarian, sastera, puisi nyanyian dan sebagainya memerlukan pengisian yang berbentuk regionalis­m atau kedaerahan.

Ini bererti segala aspek seni dan budaya mesti diberikan keutamaan untuk mewarnai serta mewujudkan watak kesenian yang dihasilkan oleh kita kerana menurut pengalaman umpamanya bahasa menunjukka­n bangsa, kesenian mengangkat budaya.

Oleh sebab itu, industri bagi kreatif untuk berfungsi dan berkembang sebagai sebuah industri yang berupaya menjana ekonomi negara maka ia perlu mempunyai sistem berbentuk inkubator yang membentuk, membantu serta menilai bagi menghidupk­an semangat para seniman untuk berkarya dengan lebih gigih dan berkualiti supaya berupaya menjadi kerjaya mereka untuk hidup dengan lebih selesa dalam kehidupan moden pada masa kini.

Jika ini berlaku maka seni boleh menjadi industri kreatif yang berwibawa seperti yang berlaku di negara maju.

***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ?? GambarBern­ama ?? PATRIOTIK: Adik Muhammad Danial Hakimi Mohd Azreen melaungkan ‘Malaysia’ ketika menyertai pertanding­an pakaian berhias Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia 2017 dan Karnival Hari Wanita serta Kesihatan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar, Kuantan pada...
GambarBern­ama PATRIOTIK: Adik Muhammad Danial Hakimi Mohd Azreen melaungkan ‘Malaysia’ ketika menyertai pertanding­an pakaian berhias Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia 2017 dan Karnival Hari Wanita serta Kesihatan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar, Kuantan pada...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia