Utusan Borneo (Sabah)

SMK Rancha-Rancha galak murid makan sayur dan buah

-

LABUAN: SMK RanchaRanc­ha telah mengadakan Minggu Memakan SayurSayur­an dan Buah-Buahan 2017.

Program yang julungjulu­ng kalinya diadakan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada warga SMK Rancha-Rancha betapa perlunya pengambila­n sayuran serta buah-buahan dalam diet mereka.

Menurut Pengetua SMK Rancha-Rancha, Omar Baki Matusin, hasil kajian yang dijalankan oleh Panitia Sains SMKRR mendapati lebih daripada 60 peratus pelajar SMKRR tingkatan 1 hingga 4 kurang menggemari sayursayur­an.

Katanya, mereka lebih menggemari makanan rapu seperti kek, ayam goreng, pizza dan minuman bergas.

“Seperti yang kita maklum, makanan ini adalah penyumbang kepada obesiti.

Hasil soal selidik oleh unit kantin dengan pengusaha kantin juga mendapati punca pihak kantin tidak menghidang­kan ulaman seperti timun dan sayur salad pada menu nasi ayam adalah kerana didapati pelajar sering membuang sahaja ulaman tersebut atau meninggalk­an sahaja di dalam pinggan mereka tanpa disentuh,” katanya.

Omar Baki juga berkata, Unit Kantin selaku urusetia dengan kerjasama Unit Kesihatan, Panitia Sains serta Kelab Doktor Muda telah merancang Minggu Memakan Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan.

Tambahnya, program itu dijangka akan memberi impak positif terhadap kecenderun­gan pengambila­n menu makanan oleh pelajar seterusnya meningkatk­an tahap tumpuan pembelajar­an oleh para pelajar.

Antara objektif diadakan minggu ini ialah dapat meningkatk­an bilangan pelajar yang memilih menu sihat berbanding makanan rapu.

Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatk­an permintaan terhadap sayursayur­an dan buah-buahan semasa rehat oleh pelajar. Malah, program ini juga bertujuan untuk menjadikan buah-buahan menjadi menu tetap yang wajib dijual di kantin sekolah.

Antara aktiviti yang diadakan ialah Pelancaran Minggu Memakan SayurSayur­an dan Buah-Buahan, ceramah daripada Jabatan Kesihatan mengenai Pemakanan Seimbang, kuiz, jualan air buah-buahan dengan diskaun menarik dan sayur percuma yang telah dimasak diberikan kepada murid semasa rehat sepanjang minggu tersebut diadakan. Malah, pertanding­an melukis poster juga diadakan.

Omar Baki juga mengharapk­an agar Minggu Memakan Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan ini dapat menanam sikap makan untuk sihat dalam kalangan pelajar seterusnya menjadi amalan dan praktis semasa di rumah.

Program ini dijangka akan memberi impak yang positif dari segi kesihatan dan penumpuan pelajar dalam PdPC.

Turut hadir dalam pelancaran minggu tersebut ialah Penolong Kanan HEM, Yahya Ahmad Puteh dan PK Kokurikulu­m Fauziah Idris.

 ??  ?? OMAR Baki Matusin (tengah) melancarka­n Minggu Memakan Sayur-Sayuran Dan BuahBuahan sambil diperhatik­an oleh Yahya dan Fauziah.
OMAR Baki Matusin (tengah) melancarka­n Minggu Memakan Sayur-Sayuran Dan BuahBuahan sambil diperhatik­an oleh Yahya dan Fauziah.
 ??  ?? WARGA sekolah sedang membuat hidangan berasaskan buah-buahan tempatan.
WARGA sekolah sedang membuat hidangan berasaskan buah-buahan tempatan.
 ??  ?? MURID-Murid berbaris untuk mendapatka­n buah-buah yang diproses menjadi jus minuman berkhasiat.
MURID-Murid berbaris untuk mendapatka­n buah-buah yang diproses menjadi jus minuman berkhasiat.
 ??  ?? PEGAWAI Kesihatan, Puan Agnes sedang membuat penilaian bagi setiap menu makanan yang dihidangka­n. Turut kelihatan Yahya Ahmad Puteh.
PEGAWAI Kesihatan, Puan Agnes sedang membuat penilaian bagi setiap menu makanan yang dihidangka­n. Turut kelihatan Yahya Ahmad Puteh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia