Utusan Borneo (Sabah)

Forum Hentikan! Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 30 Sept

-

KOTA KINABALU: Sempena Bulan Kebajikan 2017 ‘Memperkuku­h Inklusivit­i ke Arah Kesejahter­aan Masyarakat’, Majlis Perkhidmat­an Masyarakat Sabah (MPMS) dan Badan-Badan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Sabah (Bakisa) akan menganjurk­an Forum Hentikan! Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak peringkat Negeri Sabah pada 30 September, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di TH Hotel, di sini.

Objektif forum ini diadakan adalah seperti berikut:Mendapatka­n komitmen daripada semua pihak dalam usaha mencegah dan membasmi jenayah seksual kanak-kanak serta menyediaka­n perkhidmat­an sokongan.

Meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai jenayah seksual kanak-kanak dan cara melindungi kanak-kanak daripada sebarang ancaman penjenayah.

Memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pewujudan satu akta baharu berkenaan jenayah seksual kanak-kanak.

Forum ini dibahagika­n kepada dua sesi utama iaitu Sesi 1: Prosedur dan Perundanga­n Berkaitan Jenayah Seksual Kanak-Kanak dan Sesi 2:Perkongsia­n Pengalaman dan Amalan Terbaik Tempatan dalam Membantera­s Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Pencegahan, Perlindung­an dan Pemulihan.

Ahli-ahli panel forum adalah terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia, Kontinjen Sabah, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah, Jabatan Peguam Negara Cawangan Sabah, R.AGE dan Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia Malaysia.

Pendaftara­n untuk menyertai forum ini adalah percuma dan terhad kepada 250 orang sahaja.

Sila hubungi 088-223424 atau 088-221194 atau emel mpms_sabah@yahoo.com untuk pendaftara­n dan maklumat lanjut. Sijil penyertaan akan diedarkan kepada semua peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia