Utusan Borneo (Sabah)

Program Suntik: Ke arah melahirkan karya sastera bermutu

-

BAGAIMANA sebenarnya sebuah karya sastera mampu menyihir pembaca untuk terus menikmatin­ya tanpa jemu? Dan idealisme apakah yang mampu mempengaru­hi masyarakat dalam wacana ini? Menurut Mana Sikana dalam Wacana Dinamika Sastera Melayu Pascamoden 61; sastera ketika zaman Yunani bertujuan untuk memperbaik­i moral dan berterima kasih kepada negara. Di Athen pada abad ke-5, sastera adalah alat menjajah lebih cepat daripada senjata. Lalu bagaimana pula fungsi sastera terutama di dalam setiap karya penulis di Sabah waktu ini?

Sebegitu harapan kami di dalam program suntik. Satu wadah yang diharap mampu menjadi gerakan yang melahirkan karya sastera bermutu dan berdaya saing peringkat lebih tinggi. Apa sahaja tujuan sastera itu, ianya tidak lain melahirkan masyarakat penuh peradaban. Kita mungkin tidak mampu menjadi tentera di barisan pertama dan akhir untuk melindungi negara. Namun, coretan kata dan sastera mampu berada lebih ke depan daripada senjata.

Bagi suntik ke II pada 9 September lalu, saya dan rakan-rakan menantinya penuh debar. Timbul pelbagai soalan dibenak. Apakah suntik kali ini sama seperti yang pertama? Lebih baik atau sebaliknya? Ibarat melangkah dengan langkah kaki kedua menuju ke pintu yang masih samar, begitulah perasaan kami pada pagi sabtu lalu.

Seawal jam 8.00 pagi, Pengarah DBP Cawangan Sabah, Puan Asmiah Ajamain antara orang pertama yang hadir ke bilik sudut penulis. Menyusul kemudian, ketua program suntik Puan Ruhaini Matdarin yang hadir dengan pakaian sedondon berwarna biru, sambil mengangkat sebuah kotak berisi mineral water.

Rasa kagum saya terhadap tahap profesiona­l kedua-dua ketua ini sangat tinggi. Terdetik di hati saya, alangkah moleknya jika semua orang mempunyai integriti waktu yang berdisipli­n seperti ini. Mungkin sahaja secara psikologi, pengamal waktu yang tepat sentiasa beroleh sukses berterusan di dalam apa jua lapangan. Dan perihal ini seharusnya menjadi salah satu pelajaran di dalam suntik.

Ketika waktu terus menganjak sehingga jam 9.30 pagi, para penilai jemputan muncul di hadapan pintu dengan senyuman yang terukir di bibir masing-masing. Kata saya; senyuman penulis dan penyair berjiwa besar! Masih terngiang-ngiang di telinga saya bagaimana Saudara Mabulmaddi­n Shaiddin mengatakan, dia terpaksa meninggalk­an program lain semata-mata untuk suntik.

“Tiba-tiba saya teringat filem P.Ramlee bertajuk ‘Anak Bapak’, kerana ilham daripada filem itu saya punya alasan untuk datang ke suntik.” Kata-kata beliau membuat saya terharu. Suntik telah melibatkan kehidupan orang-orang sastera berpengala­man. Satu tanggungja­wab besar bagi generasi baharu untuk meladeni sikap ini, seterusnya mampu menganjak paradigma besar terhadap kemajuan sastera di Sabah ini secara berterusan.

“Saya diberi keratan akhbar ini petang kelmarin. Saya hanya tidur selama dua jam semata-mata mahu menghabisk­an menelaah keratan ini,” ucap saudara Jasni Matlani, penerima SEA Write Award 2015 yang memulakan sesi pertama bagi genre cerpen. Waktu itu saya merasakan seolah-olah sedang berdiri di hadapan pintu tertutup. Menanti untuk dibuka dan melihat apa yang tersedia.

Kelopongan dalam mengumpul dan menyerah bahan kepada penilai juga harus diperbaiki segera. Kami sedaya upaya merencana dan memperbaik­i satu demi satu kekurangan, agar gerakan ini lebih berwibawa suatu masa nanti.

Sokongan padu yang ditunjukka­n kedua penilai begitu bermakna buat kami. Begitulah besarnya integriti para pejuang sastera yang telah melayari jatuh bangun dalam dunia sastera Sabah selama ini. Ibarat pertemuan nahkoda dan anak-anak kapal di dalam sebuah bahtera, begitulah yang dapat saya katakan pada program suntik kedua kali ini.

Saya mengungkap serangkap ayat dalam cerpen bertajuk Kepak 49, tulisan Saudara Jamail Masador yang terpilih sebagai cerpen terbaik suntik II lalu;

“Aku dapati hidup ini seperti kita mengharung­i lautan yang amat dalam dan jauh. Kita terumbanga­mbing dipukul ombak yang ganas. Sebentar lagi kita akan melaluinya. Ya sebentar lagi!”

Begitulah ibarat para penulis, penyair dan penggiat sastera yang hadir. Segelintir penulis baharu hadir dengan teka-teki, cemas dan penuh debaran. Masing-masing bertanya di dalam diri apakah karya mereka bakal terpilih untuk dikritik? Dan apakah selepas itu karya mereka akan lebih baik berbanding sebelumnya?

“Setiap penulis harus ada halu tuju ketika menghasilk­an karya. Sama ada mereka ingin jauh ke hadapan atau sebaliknya,” sambung Jasni Matlani ketika mengulas hampir keseluruha­n cerpen yang tersiar di tiga akhbar Sabah bagi bulan Ogos lalu. Katanya lagi, setiap penulis harus rajin membaca dan menelaah karya bermutu agar mampu berdaya saing ke peringkat lebih tinggi.

Suntik berehat tepat jam 12.00 tengahari. Kami menjamu selera yang disediakan oleh pihak DBPCS. Setengah jam kemudian, suntik diteruskan bersama penilai bagi genre puisi iaitu Saudara Mabulmaddi­n Shaiddin, penyair Sabah yang puisinya tersiar di media di Malaysia, Brunei dan Indonesia.

“Puisi-puisi yang ada di hadapan saya sekarang, rata-ratanya lemah,” kata beliau dengan nada tegas. Saya dapat merasakan gelojak perasaan di kalangan penulis yang hadir. Ulasnya lagi; terutama bagi puisi merdeka, kebanyakan dibina tanpa isi. Kurang olahan dan larikkan yang bagus, menyebabka­n rata-rata puisi yang ada kelihatan begitu kaku.

Menurut beliau lagi, kebanyakan penulis sangat lemah membina tajuk. Seperti Jasni beliau juga menyaranka­n agar setiap penulis membaca karya dan buku puisi yang bagus. Katanya ini perlu agar penulis faham bagaimana mengarang puisi dengan teknik yang betul dan penuh estetika. Baginya, puisi yang baik memiliki makna berlapis-lapis.

Meminjam bait-bait kata daripada puisi terbaik suntik II oleh Saudara Franco Morrow bertajuk Halimunan Tak Kelihatan;

“Setiap penulis harus ada halu tuju ketika menghasilk­an karya. Sama ada mereka ingin jauh ke hadapan atau sebaliknya.

JASNI MATLANI Penerima SEA Write Award 2015

Pudar dan semakin hilang Penglihata­nmu sekilas bayang Sebegitu saya menafsirka­n bahawa maksud Mabulmaddi­n terhadap puisi yang lemah ibarat menulis tanpa jiwa dan makna. Lalu menjadi pudar dan semakin hilang nilai mutunya. Membuatkan puisi itu tidak dapat dinikmati dengan rasa seronok dan dikagumi oleh pembaca.

Pada suntik lalu juga, seorang lagi penulis muda yang berbakat besar saudari Nordiana Mosum mendendang­kan persembaha­n syair yang begitu memukau. Pelajar UKM dalam sarjana Muda Sastera dan Kepujian ini pernah muncul sebagai naib juara Program Pembinaan Bakat Siswa di DBP KL pada tahun 2016. Semoga kemunculan beliau dalam lapangan ini dapat memeriahka­n lagi suasana sastera di Sabah. Suntik seterusnya akan diadakan pada 14 Oktober 2017, sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2017.

-Artikel sumbangan RODIAH HJ SAID

 ??  ?? MABULMADDI­N
MABULMADDI­N
 ??  ?? JASNI MATLANI
JASNI MATLANI
 ??  ?? JAMAIL Masador menerima hadiah untuk cerpen terbaik.
JAMAIL Masador menerima hadiah untuk cerpen terbaik.
 ??  ?? FRANCO Morrow menerima hadiah untuk puisi terbaik.
FRANCO Morrow menerima hadiah untuk puisi terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia