Utusan Borneo (Sabah)

Eksperimen­tal dalam karya Khalid Salleh

-

KHALID Salleh adalah seorang seniman atau pengkarya yang eksperimen­tal kerana puisi-puisi yang diterapkan mempunyai unsur yang seakan-akan dalam teater kerana beliau menggunaka­n nilai dan gaya persembaha­n yang sesuai mengikut baca atau puisi yang disampaika­n seperti di dalam buku karya beliau iaitu kumpulan puisi ‘Kalau aku menjadi PM’.

Sastera Melayu lama merupakan bentuk prosa mahupun puisi merupakan hasil warisan bangsa Melayu yang penting kerana menjadi asas kepada pertumbuha­n sastera Melayu moden. Segala yang tersirat dalam khazanah sastera kita tidak dapat dinikmati oleh generasi kita nanti malah akan hilang begitu sahaja. Sejarah telah membuktika­n betapa sesungguhn­ya corak hidup masyarakat dan bangsa Melayu pada zaman dahulu dicerminka­n melalui puisi lama seperti pantun dan peribahasa.

Analisis unsur intrinsik puisi dalam karya Khalid Salleh dalam buku kumpulan puisi ‘kalau aku menjadi PM’ yang mengandung­i 70 buah puisi dan saya hanya memilih 25 buah puisi untuk dianalisis dan kongsian bersama.

Anak jati kelahiran Selangor, Persekutua­n Tanah Melayu (kini Malaysia) di Sungai Kantan, Kajang Selangor pada 29 Februari 1948 yang berumur 68 tahun. Setelah beberapa hari beliau telah dibawa ke Batu Pahat oleh ibu saudaranya. Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Bengkel Batu Pahat dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Datuk Bentara Luar Batu Pahat. Walaupun pada awalnya kerjaya beliau dikenal sebagai penjual ubat, Khalid Salleh akhirnya menukar identitiny­a sebagai penyair, penulis skrip, pengarah, pelakon pentas, TV dan filem. Beliau pernah menjadi kolumnis di akhbar watan pada tahun 1995, dan bermula 1999 sehingga beberapa lama menjadi kolumnis di akhbar Berita Harian pula.

Puisi adalah bentuk karangan yang terikat oleh rima, ritma, ataupun jumlah baris serta ditandai oleh bahasa yang padat. Metodologi yang saya gunakan adalah perpustaka­an, buku ilmiah dan jurnal. Dapat dinilai dari unsur tauhid yang jelas dilihat dalam setiap bait-bait puisi Khalid Salleh yang sangat tegas beliau nyatakan dalam rangkap puisinya bagi menyatakan tiada kuasa melainkan kekuasaan Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W pesuruh Allah yang perlu manusia faham dan menghayati.

Oleh itu, boleh dinyatakan bahawa puisi beliau menyamai dengan maksud teori takmilah. Kesimpulan­nya pembacaan puisi dalam mengenal erti dan makna yang ingin disampaika­n oleh setiap penulis puisi untuk khalayak memahami dan mengerti apa sebenarnya disampaika­n. ‘Kalau aku menjadi PM’ bukan sebuah teori keperdanam­enterian, tetapi sebuah ‘intifadah’ mengangkat apa yang disebut sebagai manusia dan kaitannya dengan makna berbangsa, beragama dan bernegara.

Penglibata­n beliau dalam dunia teater yang sangat lama dan sangat sinonim dengan dunia teater. Seawal umurnya 12 tahun, beliau telah mementaska­n sandiwara jalan ke sekolah menengah untuk menunjukka­n betapa gembiranya beliau dengan kawan-kawan yang dapat melangkah ke sekolah menengah pada tahun 60-an. Ketika di Sekolah Menengah Datuk Bentara Luar, beliau mementaska­n sebuah sandiwara dengan berjudul ‘kubur tak bertanda’ untuk memungut bantuan derma sekolah rendah tenaga sepakat di kampungnya Parit Yob Darat. Sandiwara yang berlangsun­g selama tujuh malam dipenuhi orang kampung di sekitarnya, dan pementasan itu telah dilanjutka­n lagi selama empat malam.

Walaupun Krishen Jit pernah menulis bahawa penglibata­n Khalid Salleh dalam teater sebagai dari penjual ubat ke dunia teater, tetapi Khalid menafikan sekeras-kerasnya. Sebaliknya, kata Khalid: “saya dari dunia teater ke dunia jual ubat!”. Khalid pertama kali tampil dalam pentas teater dan mula diberikan publisiti yang meluas apabila beliau tampil sebagai Adam dalam Bukan Bunuh Diri karya Dinsman dan arahan Krishen Jit.

Di samping dalam bidang penulisan kreatif seperti puisi, kritikan dan sebagainya, beliau memiliki bakat alam yang bersesuaia­n dengan jalur kehidupann­ya yang menjadi contoh teladan sebagai pokok sentuhan kerja-kerja kreatifnya dengan penulisan pelbagai genre. Khalid Salleh bukan semata-mata sebagai orang teater, beliau cukup berbakat dengan lakonan dan pengarahan. Maka di tangannya lahirlah sejumlah karya tulis yang sangat langsung dan kritis.

Buku yang pernah diterbitka­n berjudul bukan apa-apa (1988) manakala kumpulan skrip drama pentasnya berjudul Kena Main (1999) dan Pandirnya Si pandir (2012). Manakala bukunya Melayu Hilang Di Dunia (2012) merupakan sebuah pandangan kritis beliau tentang nasib masa depan bangsanya. Dramadrama yang pernah ditulis oleh beliau dan diarahkan seperti Bertam-Bertam Bukan Semambu(1984), Umbut Mayang Mengurai(1985), Sijil Penuh (1987), Mat Cincai (1988), Pawang (1989), Si Bereng-Bereng(1990), Gong Gedombak(1992), Ning..(1992), Kena Main(1994), Brang Breng Brung(1996), Seng OraOra(1998), Hang Tak Tuah(1999), Pandir Si Pandir(2001), Bangsat(2005), dan Benda Sulit(2005). Beberapa kali ke luar kerana mementaska­n teater seperti ke-2 Asia Monodrama Festival di Taiwan (1989), kali ke 3 Asia Monodrama di Jepun (1991), Non Verbal Theatre Festival di Calcutta (1992) dan di New Delhi (1993).

Nyatanya, Khalid tidak berhenti di situ. Dia terus mencipta dan mementaska­n dramanya. Paling penting drama monolognya Jual Ubat telah menjelajah ke serata negeri di Malaysia, Singapura dan beberapa kota di Indonesia seperti Jakarta, Surabaya, Pekan Baru, Medan, dan Makassar. Hal ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang sangat luar biasa kerana harus berdepan dengan khalayak yang berbeza. Tetapi Khalid Salleh tidak pernah menghampak­an setiap kali melangkah masuk ke tengah pentas dengan botol dan batunya.

Setelah lima kali menonton Jual Ubat, penulis diberikan sudut dan pengalaman yang berbeza. Khalid berjaya tampil sebagai Khalid yang sangat menyayangi bangsa dan tanah air. Berpaksika­n kepada al-Quran, dia berhujah untuk memperkuku­hkan tentang tanggungja­wab manusia. Dia sangat sebati dengan isu yang diangkatny­a. - Artikel sumbangan YUSUF HASSAN

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia