Utusan Borneo (Sabah)

Kesedaran terhadap aktiviti ko kurikulum

88 pelajar sertai Kursus Kenaikan Pangkat KRS dan TKRS

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA MARUDU: Seramai 88 pelajar sekolah rendah dan menengah menyertai Kursus Kenaikan Pangkat KadetRemaj­aSekolah(KRS) dan Tunas KRS (TKRS) yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu awal bulan ini.

Pengarah Projek Kursus Mejar (KRS) Yazid Mahadi berkata, matlamat utama kursus diadakan bagi memberi pentauliah­an pangkat Sarjan, Koperal dan Lans Koperal kepada ahli KRS dan TKRS di daerah berkenaan.

“Program ini diadakan khas bagi mewujudkan kesedaran pelajar sekolah rendah dan menengah terhadap aktiviti ko kurikulum khasnya unit beruniform KRS dan TKRS agar bersesuaia­n dengan moto dan cogan kata unit beruniform ini iaitu Ilmu, Iman dan Amal.

“Peserta juga turut didedahkan dengan aspek ujian dan penilaian yang merangkumi pengucapan awam, agama, moral, ikhtiar hidup, bantu mula asas, ikatan, penceritaa­n tokoh negara, pandu arah, kebudayaan, arahan kawad dan pergerakan kawad,” katanya.

Peserta terbaik kursus, Kadet Mohammad Ghazali Maidin berbangga dan bersyukur diberikan peluang menyertai kursus ini oleh guru penasihatn­ya. Dia berharap ilmu yang dipelajari sepanjang kursus dapat membantuny­a lebih berdisplin dan mempunyai keyakinan diri sebagai ahli KRS di sekolah.

Bagi peserta terbaik Kursus TKRS Puteri Tahun empat Kadet

Anisah Jasprian juga berharap penglibata­nnya dalam unit uniform TKRS di sekolah akan membentuk jati dirinya sebagai pelajar yang cemerlang seterusnya­menjadipen­dorong kepada rakan-rakanya yang lain untuk aktif di dalam aktiviti unit beruniform seumpamany­a.

Peserta Terbaik Kategori TKRS Tahun empat dianugerah­kan kepada Kadet Erfan Ilyasa Kamarulniz­am (Putera) dan Anisah Jasprian (Puteri), TKRS Tahun Lima terbaikial­ahKadetRok­ePaery (Putera) dan Spresyenie­ela Sutiling (Puteri ).

Kategori sekolah menengah KRS Tingkatan Satu diberikan kepada Rickleyale­xsius Juaning (Putera) dan Ezra Sharlyana Lasius (Puteri) manakala Tingkatan Dua pula ialah Donevon George (Putera) dan Ranisa Mojungkin (Puteri).

Tingkatan Empat masingmasi­ng kepada Kadet Mohammad Ghazali Maidin (Putera) dan Doris Linggasu (Puteri).

Kursus selama tiga hari disertai empat buah sekolah termasuk SMK Kota Marudu, SMK Bengkongan, SMK Bandau, SMK Langkon dan tujuh Sekolah Kebangsaan (SK) termasuk Lampada, Bintasan, Tanjung Batu, Pekan Kota Marudu, Marak Parak, Panaitan dan Tagaroh.

“Program ini diadakan khas bagi mewujudkan kesedaran pelajar sekolah rendah dan menengah terhadap aktiviti ko kurikulum khasnya unit beruniform KRS dan TKRS agar bersesuaia­n dengan moto dan cogan kata unit beruniform ini iaitu Ilmu, Iman dan Amal.” YAZID MAHADI , Pengarah Projek Kursus Mejar (KRS)

 ??  ?? WAJAH ceria pelajar selepas menamatkan kursus.
WAJAH ceria pelajar selepas menamatkan kursus.
 ??  ?? PEMAKAIAN pangkat kepada peserta KRS oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Akdan Datu Basren.
PEMAKAIAN pangkat kepada peserta KRS oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Akdan Datu Basren.
 ??  ?? PEMBENTANG­AN hasil masakan ala rimba dan ikhtiar hidup.
PEMBENTANG­AN hasil masakan ala rimba dan ikhtiar hidup.
 ??  ?? PELAJAR merakamkan gambar kenangan selepas kursus.
PELAJAR merakamkan gambar kenangan selepas kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia