Utusan Borneo (Sabah)

Menyemai cinta kepada negara

Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat SMK St. Joseph Papar meriah

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

MAJLIS Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat SMK St. Joseph Papar telah berlangsun­g dengan gilang gemilang pada Jumaat di Dewan Masyarakat Papar pada Jumaat.

Dengan tema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’, objektif program berkenaan bagi meningkatk­an perasaan cinta, sayangkan negara serta semangat jati diri di samping menyemai rasa tanggungja­wab pelajar kepada negara.

Tempoh sebulan sambutan Bulan Kebangsaan bermula pada 31 Julai hingga 15 September berkenaan, pelbagai aktiviti telah disusun atur oleh pihak sekolah.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh itu ialah pertanding­an mencipta kostum patriotik, menghias beg berunsurka­n patriotism­e, membina arca, mendeklama­si sajak, pertanding­an pidato, pertanding­an nyanyian lagu-lagu patriotik solo, pertanding­an kereta berhias dan konvoi merdeka.

Perasmian penutupan disempurna­kan oleh Pengetua SMK St. Joseph Peter Paun.

Peter dalam ucapannya mengaitkan usia sekolah berkenaan yang sudah menjangkau 64 tahun setanding dengan umur negara Malaysia yang sudah mencapai 60 tahun.

Katanya, peristiwa ini sangat penting dan bermakna kerana institusi pendidikan seperti SMK St. Joseph, Papar masih kekal sehingga ke hari ini untuk terus menjadi pusat menimba ilmu dan menghasilk­an pemimpinpe­mimpin masa sekarang dan masa hadapan yang berkualiti.

“Oleh itu sebagaiman­a kita menghargai SMK St. Joseph, Papar, kita patut menghargai dan mencintai negara kita Malaysia juga,” tegasnya.

Aktiviti kemuncak pada sambutan itu ialah Konvoi Merdeka yang mendapat sambutan daripada warga sekolah dan penduduk tempatan serta mendapat bantuan Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Papar.

Konvoi Merdeka terdiri daripada pencaragam sekolah, pelajar Tingkatan 1 dan 2 yang berjalan kaki sambil mengibarka­n Jalur Gemilang dan bendera Sabah, kereta berhias guru-guru dan pasukan berbasikal SMK St. Joseph, Papar.

Acara diakhiri dengan lagu tema kemerdekaa­n ‘Sehati Sejiwa’ dan laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali.

“Peristiwa ini sangat penting dan bermakna kerana institusi pendidikan seperti SMK St. Joseph, Papar masih kekal sehingga ke hari ini untuk terus menjadi pusat menimba ilmu dan menghasilk­an pemimpinpe­mimpin masa sekarang dan masa hadapan yang berkualiti.”

 ??  ?? Gambar atas GURU-guru bergambar bersama salah sebuah kereta yang menyertai pertanding­an kereta kerhias.
Gambar atas GURU-guru bergambar bersama salah sebuah kereta yang menyertai pertanding­an kereta kerhias.
 ??  ?? KONVOI berbasikal yang menyertai Penutupan Bulan Kebangsaan SMK St. Joseph Papar.
KONVOI berbasikal yang menyertai Penutupan Bulan Kebangsaan SMK St. Joseph Papar.
 ??  ?? PETER merakamkan album kenangan bersama polis trafik yang bertugas.
PETER merakamkan album kenangan bersama polis trafik yang bertugas.
 ??  ?? KONVOI merdeka berbasikal dan berjalan kaki.
KONVOI merdeka berbasikal dan berjalan kaki.
 ??  ?? Gambar di bawah
PETER (tiga kanan) bersama guru-guru St. Joseph, Papar. PETER dan guruguru St. Joseph bersama-sama memotong kek Merdeka.
Gambar di bawah PETER (tiga kanan) bersama guru-guru St. Joseph, Papar. PETER dan guruguru St. Joseph bersama-sama memotong kek Merdeka.
 ??  ?? PANCARAGAM sekolah yang menyertai perbarisan. PETER PAUN Pengetua SMK St. Joseph
PANCARAGAM sekolah yang menyertai perbarisan. PETER PAUN Pengetua SMK St. Joseph
 ??  ?? SEBAHAGIAN kenderaan yang menyertai pertanding­an kereta berhias.
SEBAHAGIAN kenderaan yang menyertai pertanding­an kereta berhias.
 ??  ?? WARGA SMK St. Joseph, Papar merakamkan kenangan sempena sambutan itu.
WARGA SMK St. Joseph, Papar merakamkan kenangan sempena sambutan itu.
 ??  ??
 ??  ?? PESERTA pertanding­an mencipta melodi.
PESERTA pertanding­an mencipta melodi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia