Utusan Borneo (Sabah)

2000 sertai perbarisan Hari Kebangsaan

Semangat perpaduan, integrasi nasional instrumen penting perlu dipelihara

-

PAPAR: Lebih 2,000 peserta melibatkan 41 kontinjen terdiri dari Jabatan-jabatan kerajaan negeri dan persekutua­n, swasta, institusi pendidikan dan badan-badan NGO telah mengambil bahagian dalam upacara perbarisan sempena menyambut Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Papar di Padang Pekan Papar, pada

Rabu.

Majlis perasmian sambutan berkenaan telah disempurna­kan oleh Ketua Bahagian Umno Papar DSP Haji Abdul Rahim Ismail merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Manis.

Rahim dalam ucapan perasmiann­ya berkata, sambutan Hari Kebangsaan adalah merupakan upacara tahunan sebagai memperinga­ti Hari Kemerdekaa­n negara yang secara khususnya disambut pada 31 Ogos setiap tahun.

Katanya, tahun ini ‘NegaraKu Sehati Sejiwa’ telah dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan yang berlandask­an kepentinga­n perpaduan dan kesepakata­n yang akan menjadi penggerak kepada agenda memperkasa­kan integriti nasional dalam kalangan kaum dan masyarakat di Malaysia.

Menurut Rahim, perpaduan dan kesepakata­n adalah merupakan elemen penting untuk kita mencipta solidariti dan membina kekuatan sebuah negara yang mampu menjadi benteng bagi mengekalka­n kemerdekaa­n yang telah kita capai sejak 60 tahun yang lalu.

Rahim yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata, Hari Kebangsaan bukan sahaja untuk rakyat Malaysia di Semenanjun­g tetapi disambut

Perpaduan dan kesepakata­n adalah merupakan elemen penting untuk kita mencipta solidariti dan membina kekuatan sebuah negara yang mampu menjadi benteng bagi mengekalka­n kemerdekaa­n yang telah kita capai sejak 60 tahun yang lalu. DSP HAJI ABDUL RAHIM ISMAIL Ketua Bahagian Umno Papar

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada kontinjen yang mengambil bahagian sempena sambutan itu.
SEBAHAGIAN daripada kontinjen yang mengambil bahagian sempena sambutan itu.
 ??  ??
 ??  ?? WAKIL
WAKIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia