Utusan Borneo (Sabah)

‘Bukan Biasa-Biasa’, VOK Fm mula siaran secara rasmi

VOK Fm mula siaran secara rasmi

- Oleh ALFRED PETRUS

DENGAN slogan ‘Bukan Biasa-Biasa’, radio tempatan Voice Of Kinabalu atau singkatann­ya VOK Fm kini memulakan siaran rasminya secara online.

Ketua Pegawai Operasi dan Pengurus Stesen VOK Fm Sabah Mohammad Faqrullah Azim (Faqrul) berkata, selepas kira-kira sebulan melakukan kerjakerja ujian dan pembinaan studio penyiaran, kini satu lagi radio tempatan Sabah membawakan beberapa penyampai radio yang tidak asing lagi untuk menghiburk­an pendengar.

“Bagi pendengar setia yang rindu untuk mendengar suara penyampai radio popular Rey Kimara, Felix Agus, Ramli Carlo, Beebey dan Roger a.k.a. Salipar Jipun, anda bakal diceriakan oleh mereka kembali di konti VOK Fm Sabah.

“Selain menampilka­n Rey yang juga bertindak sebagai Pengurus Program, VOK Fm turut menampilka­n seorang komposer dan penyanyi selain Maldini sebagai muka baharu iaitu Aegy,” katanya pada pelancaran Stesen Radio Terbaharu VOK Fm Sabah di sini, pada Sabtu.

Katanya, sebagai sebuah stesen radio baharu ia dilihat sebagai satu cerminan mempromosi­kan Sabah amnya kepada pendengar sejagat.

Dalam pada itu, tambahnya stesen berkenaan menyasarka­n kepada pendengar muda dengan gabungan muzik serta elemen hiburan sebagai asas kekuatan selain pengisian program yang memfokuska­n cita rasa dan budaya setempat.

Namun, katanya siaran radio itu hanya boleh didengari melalui laman sesawang mereka di www. vokfmsabah.com.

Menurutnya, kehadiran stesen radio baharu itu bakal memberikan saingan sihat kepada industri radio dan muzik di Sabah.

“Selepas sesi pengenalan VOK Fm sebulan lalu, ternyata sambutan yang diterima amat memuaskan terutama sekali menerusi Facebook dan Instagram @vokfmsabah yang telah menjadi medium pengantara utama stesen ini.

“Saya yakin VOK Fm akan menjadi satu fenomena baharu dan akan menarik pendengar untuk mengikuti saluran ini selain memberi peluang kepada bakat-bakat tempatan bagi merealisas­ikan impian mereka di dalam bidang penyiaran radio khususnya,” jelasnya.

Tambahnya selepas siaran secara online, VOK Fm akan bersiaran secara berperingk­at ke corong radio menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berharap VOK Fm akan terus bertahan dalam industri hiburan dan penyiaran tempatan Sabah.

Beliau yang turut merasmikan stesen radio berkenaan berkata masyarakat sendiri perlu menyokong usaha penggiat industri tempatan berkenaan.

Selain itu, tambahnya dengan tertubuhny­a stesen radio baharu itu dilihat satu platform lain yang dapat menyokong artis tempatan dengan menyiarkan lagulagi mereka di corong radio VOK Fm.

Dalam pada itu, Masidi menasihatk­an kepada industri penyiaran seumpama itu agar berfikiran positif dalam menjalanka­n tugas-tugas mereka.

“Bukan mudah menubuhkan stesen ini tapi untuk pastikan ia bertahan, pemain industri perlu bersikap positif.

“Jadikan kemahiran berkomunik­asi kita sebagai kejayaan dalam diri dan menganggap rintangan itu adalah untuk memajukan diri,” katanya.

“ Saya yakin VOK Fm akan menjadi satu fenomena baharu dan akan menarik pendengar untuk mengikuti saluran ini selain memberi peluang kepada bakatbakat tempatan bagi merealisas­ikan impian mereka di dalam bidang penyiaran

” radio khususnya. MOHAMMAD FAQRULLAH AZIM Ketua Pegawai Operasi dan Pengurus Stesen VOK Fm

 ??  ??
 ??  ?? MASIDI (empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan VOK Fm.
MASIDI (empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan VOK Fm.
 ??  ?? MASIDI (kanan) ketika ditemu ramah oleh DJ Rey di konti VOK Fm.
MASIDI (kanan) ketika ditemu ramah oleh DJ Rey di konti VOK Fm.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia