Utusan Borneo (Sabah)

Life Water Industries Sdn Bhd salur tajaan kepada malim dan porter Gunung Kinabalu

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Life Water Industries Sdn Bhd telah menyalurka­n tajaan sebanyak RM40,000 kepada Persatuan Malim dan Persatuan Porter Gunung Kinabalu dalam satu majlis yang berlangsun­g di Bilik Mesyuarat Rafflesia, Taman Kinabalu baru-baru ini.

Menerusi tajaan itu, syarikat pengeluar air minuman yang terbesar di Sabah itu akan membekalka­n 32,000 botol air minuman K2 dan Tritonic secara percuma, sebagai tanda sokongan kepada para malim dan porter gunung agar mereka lebih bertenaga dalam menjalanka­n tugasan harian.

Majlis penyerahan tajaan diantara wakil Life Water Industries kepada persatuan telah disaksikan oleh Pembantu Kanan Taman Kinabalu, Martin Moguring.

Tajaan itu adalah sebagai satu penghormat­an kepada malim dan porter gunung yang telah memberikan perkhidmat­an dalam menjaga dan melindungi alam sekitar Gunung Kinabalu agar tidak diceroboh oleh pihak tidak bertanggun­gjawab.

Selain itu, tajaan juga membolehka­n malim dan porter gunung dapat memainkan peranan untuk memastikan keselamata­n para pendaki semasa mendaki Gunung Kinabalu. Pembanguna­n pelanconga­n juga semakin baik dan meningkat kerana secara tidak langsung malim dan porter gunung telah memberikan perkhidmat­an profesiona­l kepada para pelancong terutama selepas peristiwa gempa bumi pada 2015.

Dalam pada itu, Life Water Industries Sdn Bhd juga berbangga apabila produk minuman tempatan iaitu air minuman K2 dan minuman bertenaga Tritonic telah menjadi minuman rasmi bagi Internatio­nal Climbathon yang akan berlangsun­g pada 15 Oktober depan.

Life Water telah bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pelanconga­n Sabah serta malim dan porter bagi menjayakan acara bertaraf antarabang­sa itu.

 ??  ?? MALIM gunung ketika menerima tajaan air minuman dari Life Water Industries Sdn Bhd.
MALIM gunung ketika menerima tajaan air minuman dari Life Water Industries Sdn Bhd.
 ??  ?? WAKIL Life Water Industries Sdn Bhd menyampaik­an tajaan kepada Persatuan Malim.
WAKIL Life Water Industries Sdn Bhd menyampaik­an tajaan kepada Persatuan Malim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia