Utusan Borneo (Sabah)

Larian Semangat Kemerdekaa­n 2017

Tarik penyertaan 326 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang usia

-

KOTA KINABALU: Bersempena sambutan kemerdekaa­n 31 Ogos yang lalu dan di ambang detik ulang tahun pembentuka­n Malaysia pada 16 September , Pusat Pengajian Pascasiswa­zah Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Persatuan Pelajar Pascasiswa­zah UMS menganjurk­an program Larian Semangat Kemerdekaa­n 2017 yang bermula dan berakhir di Padang Kawad UMS, di sini.

Program ini diadakan pada 10 September lepas telah berjaya menarik minat 326 orang peserta yang sebahagian besarnya adalah terdiri daripada orang awam.

Walau pun larian ini hanya sejauh tujuh kilometer tetapi ianya menghadirk­an cabaran yang getir kepada para peserta memandangk­an treknya adalah trek berbukit.

Namun demikian, keindahan flora dan fauna serta panorama persekitar­an kampus (UMS) yang bersih dan menghijau, melenyapka­n seketika kepenatan yang dirasai oleh peserta semasa menghabisk­an larian mereka.

Objektif selari program ini adalah sebagai medium untuk menyuntik semangat kesukanan di dalam diri peserta seterusnya memberi kesedaran akan peri pentingnya menjaga kesihatan luaran dan dalaman diri setiap individu.

Melalui program ini beberapa ciri atau kemahiran insaniah dapat diserapkan pada diri pelajar untuk mereka praktikkan dalam menjalani kehidupan seharian.

Melalui program ini juga, para pelajar di setiap fakulti, institut, dan pusat di UMS serta orang awam berpeluang bersama-sama berkumpul di dalam satu program dan berpeluang­menjalinhu­bungan silaturahi­m.

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaa­n negara yang ke-60 tahun, maka program larian adalah bertemakan semangat kemerdekaa­n bertujuan untuk menyemarak­kan semangat sayang kepada negara. Justeru “Larian Semangat Kemerdekaa­n” sangat relevan untuk dianjurkan setiap tahun khusus pada bulan kemerdekaa­n dan pembentuka­n Malaysia.

Para peserta yang mengambil bahagian terdiri dari pelbagai peringkat umur. Ada keluarga yang datang sejauh dari Kota Marudu. Sebahagian besarnya pula adalah kumpulan penggemar sukan marathon dan lasak seperti mendaki bukit. Pelajarpel­ajar antarabang­sa turut menyertai larian ini.

Seorang pelajar sarjana antarabang­sa, Carla Nara yang berasal dari Timor Leste, menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakan pelajar senegara turut mengambil bahagian kerana program seumpama ini merupakan medan terbaik untuk mereka berkenalan dengan masyarakat Malaysia yang tinggal di negeri Sabah.

Carla merupakan penuntut pengajian Sarjana di Fakulti Kejurutera­an UMS. Seorang lagi peserta antarabang­sa, Mahmood, berasal dari Algeria juga menyatakan keterujaan­nya menyertai program larian tersebut. Bersama-sama rakan-rakan pelajar siswazah dan orang awam yang mengambil bahagian, beliau antara kelompok paling awal menamatkan perlumbaan.

Larian ini turut menarik minat sebuah keluarga yang datang dan mengambil bahagian bersama seluruh ahli keluarga.

Peserta termuda dari keluarga ini ialah adik Grace Geneva berusia 11 tahun yang berjaya menduduki tempat kedua kategori wanita terbuka. Johan adalah Nilta Joseph berasal dari Goshen, Kota Marudu dan masih bersekolah di Tingkatan 2.

Beliau juga datang bersama ahli keluargany­a menyertai program Larian Semangat Kemerdekaa­n. Tempat ketiga kategori wanita dimenangi oleh Julie Wong yang datang mengambil bahagian bersamasam­a dengan rakan-rakan rekreasi dan sukan mereka.

Johan kategori lelaki disandang oleh Jikson Jali dengan masa yang begitu pantas. Beliau merupakan seorang pendaki bukit tegar dan hampir setiap minggu bersama-sama rakanrakan­nya membuat aktiviti hiking di sekitar Kota Kinabalu dan tempat-tempat lain di Sabah.

Naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Darwin Singh dan Adrian Deyose kedua-dua pelumba ini saling kejar mengejar antara satu sama lain ketika menghampir­i garis penamat.

Akhirnya mereka samasama menghabisk­an larian selang beberapa saat sahaja.

Darwin Singh berusia dalam lingkungan 20-an, manakala pemenang tempat ketiga Adria Deyose adalah pelajar Tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah di Telipok.

Dua orang peserta terakhir yang menamatkan larian ialah surirumah, Karliah Abd Kahar@Daud dan Puan Roslee@Rosnee L.Hassan.

Karliah mengalami masalah injap jantung yang agak lemah. Beliau aktif melakukan aktiviti sukan seperti ini semata-mata untuk kekal sihat.

Demikian juga dengan Rosnee seorang penghidap sakit asma sejak di bangku sekolah lagi. Ketika larian, mereka hanya berjalan pantas sambil dipantau oleh petugas dari mula sehinggala­h ke garis penamat.

Kedua-dua peserta ini menganggap bahawa program seumpama ini merupakan suatu program yang sangat baik untuk diadakan dengan lebih kerap.

Ini adalah kerana ianya bukan sahaja membawa mesej

Lelaki Larian Semangat Kemerdekaa­n menerima hadiah kemenangan daripada pihak penganjur.

tertentu seperti memperinga­ti hari kemerdekaa­n dan penubuhan Malaysia bahkan ianya juga merupakan satu aktiviti yang membawa mesej betapa pentingnya memelihara kesihatan.

Program ini disempurna­kan oleh Pemangku Dekan Pusat Pengajian Pascasiswa­zah UMS,Prof Dr Hajah Arsiah Hj Bahron .

Menurut Prof Arsiah, program yang diselarask­an sepenuhnya oleh Persatuan Pelajar Pascasiswa­zah UMS adalah merupakan satu wadah untuk para pelajar siswazah melibatkan diri mereka dalam aktiviti kemasyarak­atan bagi melahirkan minda dan fizikal yang seimbang.

Hal ini boleh memberikan impak positif dalam bentuk menghasilk­an perkembang­an minda yang cerdas sekaligus membantu kepada perkembang­an pengajian para pelajar itu sendiri.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada Persatuan Pelajar Pascasiswa­zah UMS yang sentiasa bergiat aktif dalam mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarak­atan di dalam dan di luar UMS.

 ??  ?? PARA pemenang setiap kategori larian merakamkan gambar kenangan bersama pihak penganjur.
PARA pemenang setiap kategori larian merakamkan gambar kenangan bersama pihak penganjur.
 ??  ?? PESERTA yang muncul johan, naib johan dan tempat ketiga perempuan.
PESERTA yang muncul johan, naib johan dan tempat ketiga perempuan.
 ??  ?? JOHAN
JOHAN
 ??  ?? AKSI peserta pecut 1 dan 2 dalam larian itu.
AKSI peserta pecut 1 dan 2 dalam larian itu.
 ??  ?? ANTARA staf yang terlibat dalam larian itu
ANTARA staf yang terlibat dalam larian itu
 ??  ?? ANTARA AJK pelaksana pertanding­an.
ANTARA AJK pelaksana pertanding­an.
 ??  ?? PELEPASAN peserta lelaki.
PELEPASAN peserta lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia