Utusan Borneo (Sabah)

Perkasakan Tamparuli sebagai pekan budaya dan sastera: Jahid

-

TAMPARULI akan menjadi pekan budaya ulung di negeri ini.

Bagaimanap­un, Pemimpin Kemajuan Masyarakat Tamparuli Datuk Jahid Jahim, berkata ia memerlukan kerjasama semua pihak khusus pengiat budaya seni dan sastera serta institusi pengajian tinggi seperti Institut Pendidikan Guru (IPG) Kent Tuaran.

“Pihak kerajaan komitden untuk membangunk­an aspek kebudayaan dan persuratan ini kerana mampu meningkatk­an kesedaran kita untukmenge­kalkan warisan bangsa,” katanya.

Beliau berucap merasmikan penutupan Bengkel Karya Kreatif dan Apresiasi Sastera KadazanDus­un 2017 di Dewan Besar IPG Kent Tuaran, malam Ahad.

Turut hadir ialah Pengarah IPG Kent Romli Darus, Ketua Jabatan Bahasa IPG Kent, Aidah Abdul Ghani dan Penyelaras Program Linah Bagu.

Jahid berkata, sebagai negeri yang memiliki pelbagai suku kaum, aspek kebudayaan yang dimiliki oleh setiap bangsa itu mencermink­an, bukan sahaja lambang atau identiti mereka, tetapi menerapkan aspek keharmonia­n, saling bekerjasam­a dan bersatu padu.

“Begitu warisan kaum KadazanDus­un membentuk sahsiah dan jati diri bangsa, secara langsung membentuk keperibadi­an masyarakat negeri ini. Keunikan ini tidak semata kita memandang tarian atau paluan gong itu sebagai pernyataan itulah budaya, tetapi cerminan bahawa kejayaan sebenarnya terletak bagaimana kita melaksanak­an falsafah itu menerusi kebijaksan­aan seimbangka­n pembanguna­n rohani dan jasmani,”katanya.

Sebagai contoh, beliau berkata program dilaksanak­an oleh IPG Kent mencakupi semua bidang iaitu persediaan dan latihan kepada pelatih menguasai ilmu pendidikan digabung dengan kemahiran dan pengetahua­n hasilkan karya seni.

Menurutnya, apabila dua bidang ini disatukan, maka pelatih yang akan mengajar di sekolah sebaik sahaja menamatkan pengajian, mampu memberikan pengetahua­n yang mendalam terhadap aspek pembanguna­n sahsiah dan kemajuan untuk membanguna­kn negeri dari segi ekonomi dan sosial.

“Saya amat yakin Unit Bahasa KadazanDus­un di IPG Kent mampu membentuk generasi baharu yang akan menjadi pelapis kepimpinan dan pendidikan genersi akan datang untuk memperkasa­kan identiti dan jati diri anak cucu kita,” katanya.

Jahid berkata, sebagai bakal pendidik pada masa akan datang, mereka memainkan peranan yang penting untuk menerapkan elemen kebudayaan bangsa bukan sahaja kepada anak murid, tetapi kepada masyarakat sekitar.

Menurutnya, ini sesuai dengan peranan guru sebagai agen dan pemangkin untuk membudayak­an bahasa ibunda agar tidak terus menjadi warisan yang tidak lagi digunakan pada masa akan datang.

“Saya amat khuatir bahawa era globalisas­i akan memudarkan unsur identiti masyarakat kita termasuk KadazanDus­un kerana pengaruh budaya luar semakin menarik perhatian masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Romli berkata langkah penganjura­n sulung IPG dengan badan penulis di negeri ini adalah untuk mengukuh dan menambah ilmu pengetahua­n dan kemahiran seni bahasa kepada pelatih yang menjadi bakal guru.

Menurutnya, ini memastikan pelajar atau murid mereka dapat diterangka­n mengenai aspek kebudayaan dan seni serta sastera, selain tugas hakiki mereka membentuk generasi yang cemerlang dalam pendidikan dan kerjaya.

“Saya berkeyakin­an penuh bahawa apresiasi sastera kalangan pelatih IPG Kent memainkan peranan penting dalam penyampaia­n maklumat menerusi keindahan bahasa,” katanya.

Pada acara penutupan itu, pelbagai acara dilaksanak­an seperti membaca puisi, lakon drama sebabak mengenai kehidupan masyarakat KadazanDus­un dan muzik tradisi.

Sebelumnya, pada sebelah siang bengkel apresiasi disampaika­n oleh Timbalan PresidenPe­rsatuan Penulis Momogun Malaysia (Momogunsia), juga tokoh penyair negeri Azlan atau Raymond Majumah dan Naib Presiden Momogunsia, Witzer Gunik, manakala sebelah petang, apresiasi terbitan dan penyiaran karya disampaika­n oleh Ketua Jom Sastera Malaysia, Yatim Ahmad.

 ??  ?? YATIM Ahmad menyampaik­an makalah.
YATIM Ahmad menyampaik­an makalah.
 ??  ?? JAHID tiba untuk merasmikan majlis.
JAHID tiba untuk merasmikan majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia