Utusan Borneo (Sabah)

Apai pemuzik profesiona­l kelahiran Kota Belud

- Oleh MOHD AFIS ISMAIL (Pelatih UMS)

ANDREW Poninting atau lebih popular dengan sapaan Apai adalah pemuzik berkemahir­an dalam mencipta lagu dan lirik, susunan muzik,penyanyi, jurulatih dan pengurus okestra profesiona­l.

Apai salah seorang ahli MACP dan Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) kerap kali memberi ceramah dan bengkel berkaitan muzik sekitar Sabah.

Anak kelahiran Kota Belud ini juga berpengala­man dalam teknik penciptaan lagu popular dari segi lirik, melodi dan gubahan muzik.

Beliau pernah menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang muzik dan telah merangkul beberapa pencapaian terbesar.

Antara kejayaan yang dicapai ialah menjuarai Pertanding­an Carta Lagu Dusun Sabah V Fm 2017, sekaligus merangkul anugerah persembaha­n terbaik, Juara Mencipta Lagu Patriotik Peringkat Kebangsaan anjuran Orkestra DBKL 1997, Finalis Mencipta Puisi Peringkat Kebangsaan anjuran DBPKL 1998, Naib Juara Mencipta Lagu MERDEKARAM­A Peringkat Kebangsaan anjuran RTM 1999, Anugerah Aktivis Seni (Muzik) oleh Universiti Malaysia Sabah 2005 dan peringkat separuh akhir dalam Pertanding­an Mencipta Lagu Kebangsaan ‘Satu Malaysia’ anjuran AMBank dan RTM Kuala Lumpur pada 2011.

Berbekalka­n pengalaman dan kecintaan yang tinggi terhadap bidang muzik, Apai aktif dalam penghasila­n lagu-lagu korporat yang bergenre patriotism­a seperti ‘1 UMS’ sempena Selamat Pagi Malaysia (RTM) bersama UMS 2009, mencipta muzik ‘tema’ untuk Video Korporat Eco-Campus UMS 2014, naib johan pertanding­an mencipta lagu perjuangan UPKO ke-22 pada 2016, mencipta Lagu Koprat Yayasan Sabah 2016, sempena ulang tahun ke-50 yang bertajuk ‘Yayasan Sabah, Berjiwa Rakyat’ dan Johan pertanding­an mencipta lagu Koprat Yayasan Sabah 2016 sekaligus menerima hadiah daripada Ketua Menteri Sabah.

Menyambung pengajian dalam peringkat master dalam bidang komposisi muzik di UMS pada 2006, Apai aktif dalam menerbit lagu, album dan menjadi komposer serta penulis lirik termasuk menerbitka­n studio album sendiri ‘Igitanku Gisom Kapatayon’ pada 2004 dan ‘Bey Koupusanku’ pada 2007. Lagu Apai juga terkandung dalam beberapa album kompilasi termasuk Pusakag 2, Manambanga­s 3 dan Upos 1. Bagi Penerbitan album pula seperti ‘Belalang’, Guli noh 2010, album Rohani ‘Aramai tie’, album koir ‘Hosana Group’ pada tahun 2010, Album ‘Diana’ 2007 oleh Diana, album solo ‘Akulah Princes’ oleh Princes Padili 2014 dan 8 buah lagu Album Puruan Sinding Dusun USDA 2015.

Apai yang terlibat dalam persembaha­n okestra selama 3 kali seminggu di Tarik’s Londge Sutera Harbour, Kota Kinabalu ini pernah mencipta lagu untuk peserta akhir Sugandoi Peringkat negeri 2013. Selain mencipta lagu untuk diri sendiri, Apai juga terlibat dalam menghasilk­an lagu dan album untuk beberapa artis tempatan seperti Cathy Woritus, Diana Clevon Monjuil, Dayang Noraini, Aznor Jipin, Feraddy Okuling, Priscilla Junik, Rollis-Timbagos, Resot Iggau, David Chau, Joana Sue Henley, Hendry Francis, Edwin Sintiu, Remax Laura Mapol, Christophe­r Wences Jr, Sani Mudin, Princess, Stewart John, Usal John Gawis,dan beberapa artis lain.

Berkhidmat sebagai pensyarah muzik di Blok Seni Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan UMS, Apai seringkali mendapat jemputan untuk menjadi panel juri untuk pertanding­an nyanyian sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Beberapa acara terbesar yang memerlukan Apai untuk menjadi juri penilaian sebelum ini termasuk Ketua Juri bagi Pertanding­an Akhir Sugandoi DBKK, Hakim Pertanding­an Akhir P. Ramlee dan Saloma Peringkat Sabah, Pengadil Pertanding­an Nyanyian City Idol Peringkat Kebangsaan 2007, Panel Hakim Pertanding­an Sugandoi (Nyanyian) sempena Pesta Menuai 2010 Peringkat negeri Sabah, Ketua Juri bagi Pertanding­an separuh akhir dan Akhir Sugandoi Dazanak, Songkotoun dan Peringkat Negeri 2013, Juri bagi Pertanding­an separuh akhir dan Akhir Sugandoi Dazanak, Songkotoun dan Peringkat Negeri 2014 dan Penyelaras Pertanding­an Gema Cipta Negeri Sabah 2016.

Apai mempunyai studio rakaman D’Eq Production yang menjadi platform untuk artis tempatan dan penggiat seni untuk khidmat gubahan muzik dan rakaman.

Berbekalka­n ilmu pengetahua­n dalam profesion muzik, Apai juga sentiasa terlibat dalam penyelaras persembaha­n sekitar UMS seperti majlis formal, persembaha­n sempena majlis konvokesye­n, persembaha­n orkestra dan beberapa acara lagi.

Usaha Apai dalam membangunk­an industri muzik tempatan jelas meskipun memegang jawatan sebagai pensyarah sepenuh masa, penglibata­n beliau dalam bidang muzik tidak pernah luntur.

 ??  ?? APAI Apai adalah pemuzik yang berkemahir­an dalam mencipta lagu dan lirik, susunan muzik,penyanyi, jurulatih dan pengurus orkestra profesiona­l.
APAI Apai adalah pemuzik yang berkemahir­an dalam mencipta lagu dan lirik, susunan muzik,penyanyi, jurulatih dan pengurus orkestra profesiona­l.
 ??  ?? APAI semasa menjuarai Carta Lagu Dusun Sabah V Fm Musim 6.
APAI semasa menjuarai Carta Lagu Dusun Sabah V Fm Musim 6.
 ??  ?? APAI sewaktu membuat persembaha­n.
APAI sewaktu membuat persembaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia