Utusan Borneo (Sabah)

Gembira sambut kelahiran Anak Malaysia 16 September

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kegembiraa­n jelas tergambar pada raut wajah pasangan suami isteri yang baru menyambut kehadiran ‘Anak Malaysia’ yang lahir pada Hari Malaysia 16 September di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKKL) di sini, pada Sabtu.

Kepayahan menanggung kesakitan saat bersalin selama empat jam di wad, Jeanyfeh Joseph, 28, melahirkan bayi lelaki menjadikan anaknya kini seramai tiga orang.

Beliau adalah pesakit pertama yang berjaya menjalani proses bersalin pada jam 12.10 pagi dengan kelahiran bayi seberat 3.83 kilogram (kg) itu.

“Pada mulanya saya tidak menduga untuk bersalin pasa masa itu kerana saya hanya merasakan sakit pada pinggang sehingga berlaku pendarahan pada waktu malamnya.

“Meskipun begitu, saya tidak panik dan tenang kerana situasi sedemikian sudah pernah saya alami ketika melahirkan anak pertama dan kedua yang masing-masing berusia 10 dan tujuh tahun kini,” jelasnya.

Ditanya mengenai nama bayi, beliau yang bekerja sebagai guru tadika itu bersama suami sudah merancang awal dengan memberi nama Fred Ozell kepada anak ketiga mereka.

Katanya, ilham untuk memberi nama berkenaaan diambil dengan menggabung­kan nama suaminya Fredey Pamaas,36, dan pemain bola dunia Ozil.

“Suami dan saya sendiri sememangny­a meminati bola sepak dan kami tidak akan ketinggala­n untuk menonton setiap pertanding­an di kaca tv.

“Atas sebab itu, kami mahu mengambil nama pemain Bola Sepak terkenal Ozil buat anak ketiga kami ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Hospital HWKKL Dr Tan Bee Hwai berkata, seramai 17 bayi Hari Malaysia dilahirkan di hospital berkenaan sehingga jam1.30 petang kelmarin.

Katanya, kesemua kelahiran disambut bermula jam 12.10 tengah malam sehingga 3 petang terdiri daripada 11 bayi perempuan dan enam lelaki.

Pada masa sama, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid turut mengadakan lawatan ke HWKKL bagi melihat bayi yang dilahirkan sempena Hari Malaysia itu.

 ??  ?? JAINAB (kiri) bersama warga HWKKL merakam gambar kenangan bersama ibu dan juga bayi yang lahir sempena Hari Malaysia 16 September.
JAINAB (kiri) bersama warga HWKKL merakam gambar kenangan bersama ibu dan juga bayi yang lahir sempena Hari Malaysia 16 September.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia