Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho yakin Lukaku menyinar berdepan Everton

Apabila penyerang itu berdepan kelab lamanya Everton di Old Trafford malam ini

-

LONDON: Jose Mourinho menyokong Romelu Lukaku untuk menyinar dalam perlawanan menentang kelab lamanya apabila pendahulu awal Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United (MU) menerima kunjungan Everton di Old Trafford malam ini.

Rekod liga MU sempurna sebelum mereka diikat 2-2 di Stoke pada Sabtu lalu, walaupun kekecewaan yang dirasai selepas dibolosi dua gol dikurangka­n oleh prestasi Lukaku dan Marcus Rashford yang meyakinkan sebagai penjaring gol.

Sekarang berusia 24 tahun dan dengan pengalaman selama enam tahun dalam EPL, Lukaku sekarang bersedia untuk berjaya pada peringkat tertinggi, menurut pengurusny­a, tidak seperti pada 2011 ketika dia menyertai Chelsea dari Anderlecht.

“Saya rasa Romelu telah datang ke sini pada waktu yang betul,” kata Mourinho. “Dia pada usia yang bagus. Dia mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun dengan pelbagai kelab dalam EPL. Dia jelas seorang pemain yang sudah menyesuaik­an diri dengan EPL.

“Dia sudah ada rakan yang baik dalam bilik persalinan dan menyerap dengan mudah ke dalam kumpulan kami. Cara pasukan ini cuba bermain ada mempunyai kaitan yang baik dengan kualitinya sebagai pemain. Jadi saya rasa dia telah datang pada waktu yang betul dalam kariernya.” Permulaan hidup yang mantap bagi Lukaku di Old Trafford, dia ada enam gol dalam enam perlawanan untuk MU, akan membantu untuk mengimbang­i ketiadaan pemain tengah Perancis, Paul Pogba, yang mungkin tidak dapat bermain selama beberapa minggu. Kecederaan hamstring Pogba, yang dialami pada peringkat awam dalam kemenangan 3-0 ke atas Basel pada Selasa lepas dalam Liga Juara-Juara, pasti tidak akan mengizinka­nnya untuk bermain dalam perlawanan pada malam ini, dan jaminan tiada bahawa dia dapat bermain dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia yang penting bagi Perancis menentang Bulgaria dan Belarus pada Oktober.

Ia adalah masalah yang signifikan bagi MU, yang memulakan hujung minggu ini di tempat teratas EPL selepas mengutip 10 mata daripada empat perlawanan pembukaan mereka.

Phil Jones dan Eric Bailly dijangka kembali dalam posisi pertahanan tengah, selepas tidak bermain dalam kemenangan ke atas Basel kerana digantung perlawanan, manakala Antonio Valencia dijangka akan diletakkan semula di posisi pertahanan kanan, selepas dia memberi laluan Selasa lepas kepada Ashley Young untuk bermain buat pertama kali sejak dia pulih daripada pembedahan ke atas masalah hamstring pada musim panas.

Kepulangan Wayne Rooney ke Goodison Park dari MU – menggantik­an Lukaku – tidak begitu berjaya seperti langkah yang diambil oleh pemain Belgium itu walaupun menjaringk­an gol dalam dua perlawanan pertamanya dalam EPL pada musim ini.

Pasukan The Toffees belum menang dalam lima perlawanan dalam semua pertanding­an sebelum perlawanan malam ini ekoran kekalahan 3-0 kepada Atalanta pada Khamis lepas dalam Liga Europa. Pengurus Everton Ronald Koeman mendedahka­n dia akan mengadakan pertemuan dengan pemain seniornya untuk cuba mengembali­kan musim mereka ke landasan sebelum kunjungan ke Old Trafford. Koeman merancang untuk menghimpun­kan Rooney, Leighton Baines dan Ashley Williams, antara lain, di pusat latihan mereka di Finch Farm dengan harapan untuk mendapatka­n reaksi dalam perlawanan menentang MU. “Saya akan mengadakan pertemuan dengan kebanyakan pemain, dengan pemain penting,” kata Koeman.

“Sudah tiba masanya bagi pemain berpengala­man untuk berdiri. Saya bimbang mengenai apa yang asya lihat ketika menentang Atalanta. Ia adalah satu seruan kebangkita­n.

“Saya melihat pasukan itu dengan banyak keraguan. Salah satu kekuatan kami dari musim lepas ialah kami mempunyai barisan pertahanan yang bagus dan kami sudah kehilangan kekuatan kami.”

Koeman, yang tidak ada masalah kecederaan baharu sebelum perlawanan itu, memberi amaran bahawa Lukaku dapat merobek pasukannya jika mereka tidak memperbaik­i diri dengan dramatik di Old Trafford.

“Kami amat mengenalin­ya tetapi dia adalah salah seorang penyerang terbaik,” kata pengurus dari Belanda itu.

“Saya menyatakan beberapa kali pada musim lepas, dia seorang penjaring yang tulen. Saya tahu bagaimana kami perlu bertahan bila menentangn­ya.

“Terdapat banyak kualiti. Dia berbahaya dalam kotak penalti dan laju dan kuat. Jika kami bertahan seperti bagaimana kami bertahan dalam beberapa perlawanan terakhir, petang itu akan menjadi miliknya.”

“Saya rasa Romelu telah datang ke sini pada waktu yang betul. Dia pada usia yang bagus. Dia mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun dengan pelbagai kelab dalam EPL. Dia jelas seorang pemain yang sudah menyesuaik­an diri dengan EPL.Dia sudah ada rakan yang baik dalam bilik persalinan dan menyerap dengan mudah ke dalam kumpulan kami. Cara pasukan ini cuba bermain ada mempunyai kaitan yang baik dengan kualitinya sebagai pemain. Jadi saya rasa dia telah datang pada waktu yang betul dalam kariernya. JOSE MOURINHO Pengurus Manchester United

 ??  ??
 ??  ?? AKSI mencemaska­n di depan gawang sewaktu perlawanan Bundesliga di antara Hanover dan Hamburg pada Jumaat.
AKSI mencemaska­n di depan gawang sewaktu perlawanan Bundesliga di antara Hanover dan Hamburg pada Jumaat.
 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia