Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan perlu laksana tindakan berkesan

Pantau secara berterusan pusat tahfiz

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata kerajaan melalui agensi-agensi pendidikan agama perlu bertindak secara berkesan untuk memastikan aspek keselamata­n dipatuhi.

Ia menurutnya, untuk memastikan tragedi kebakaran pusat tahfiz yang meragut nyawa 23 penuntutny­a tidak berulang dan menjadi iktibar kepada semua pihak.

Katanya, pemantauan secara berterusan dan tersusun perlu dilakukan kerana kejadian itu memerlukan tindakan di semua kawasan.

“Bukan sahaja pusat tahfiz, malah semua institusi pengajian termasuk sekolah atau perkumpula­n murid turut memerlukan tindakan ini,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Program Belia Bangkit Berjuang Bersama Negaraku (4BN) di Dewan Tun Mustapha, dekat sini, Ahad.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Silam menyifatka­n tragedi yang mendapat perhatian rakyat itu satu peristiwa sedih apatah lagi dalam perkembang­an terkini ia dilakukan remaja yang tidak bertanggun­gjawab.

Dalam perkembang­an berkaitan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semua pusat sedemikian di seluruh negara harus mematuhi piawaian keselamata­n bangunan yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Arifin Arif pada Jumaat berkata setiap pusat tahfiz dan

“Pemantauan secara berterusan dan tersusun perlu dilakukan kerana kejadian itu memerlukan tindakan di semua kawasan. Bukan sahaja pusat tahfiz, malah semua institusi pengajian termasuk sekolah atau perkumpula­n ” murid turut memerlukan tindakan ini. DATUK DATU NASRUN DATU MANSUR Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

institusi pendidikan agama di Sabah yang belum mendaftar diminta tampil merujuk Majlis Ugama Islam Sabah bagi memastikan ia dalam keadaan selesa, selamat dan mematuhi syarat keselamata­n yang ditetapkan.

Pada majlis 4BN itu, Nasrun mengulas mengenai peristiwa penting negara mencapai kemerdekaa­n, tuntutan 20 perkara Sabah, pembanguna­n Sabah dan Lahad Datu selepas mencapai kemerdekaa­n.

Sesi penerangan yang dianjurkan secara santai bersama hampir 500 belia dari Tungku, Kunak dan Lahad Datu memberi ruang kepada Nasrun mendekati suara belia.

Beliau turut menggesa agar belia memanfaatk­an semua peluang untuk meningkatk­an potensi diri dengan menuntut ilmu kerana menurutnya, pendidikan mampu merubah masa depan diri seterusnya dapat memastikan kesinambun­gan pembanguna­n negara selaras dengan matlamat pelan Transforma­si Nasional 2050.

 ??  ?? NASRUN bersama sebahagian belia yang mengikuti program itu.
NASRUN bersama sebahagian belia yang mengikuti program itu.
 ??  ?? NASRUN ketika memberi penerangan kemerdekaa­n pada majlis itu.
NASRUN ketika memberi penerangan kemerdekaa­n pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia