Rakyat Sabah perlu syukuri nikmat kemerdekaan
KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu bersyukur kepada nikmat kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia selama 54 tahun, kata seorang peguam kanan di ibu negeri, Datuk Mohd Ainal Fattah.
Kesyukuran itu perlu dilahirkan terhadap kestabilan kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Negeri di bawah Tan Sri Musa Haji Aman.
“Akhir-akhir ini ada pihak tertentu terutamanya pihak pembangkang mempersoalkan mengenai soal-soal asas pembentukan negara Malaysia pada 16 September 1963,” katanya kepada Utusan Borneo.
Katanya, mereka membangkitkan seolah-olah Kerajaan Persekutuan gagal mematuhi, menyempurna dan melaksanakan Perjanjian Malaysia (MA1963) yang ditandatangani di London pada 1 Julai 1963 di antara Kerajaan Britain, Tanah Melayu, Singapura, North Borneo (Sabah) dan Sarawak.
“Mengimbau kembali isu ke bertanggungjawab a n pihak kerajaan Pusat sejak di bawah pimpinan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj sehingga kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, pihak Kerajaan Persekutuan sudah menyempurnakan segala perkara yang dijanjikan dalam beberapa perjumpaan dan perjanjian bertulis dengan sepenuhnya.
“Rakyat perlu berterima kasih kepada Kerajaan British masa itu kerana begitu prihatin dan menjamin serta memastikan supaya apabila North Borneo masa itu turut memberi persetujuan menyertai pembentukan Malaysia bersama negeri-negeri Melayu di Semenanjung dan Sarawak, maka semua hak asasi penduduk bumiputera dihormati seperti kebebasan mengamalkan agama masing-masing, hak bumiputera terjamin dan tidak terhakis.
“Kerajaan British masa itu amat menyedari bahawa mereka tidak boleh sewenang-wenang memberikan pilihan kepada North Borneo untuk menyertai pembentukan Malaysia melainkan hanya setelah berpuas hati bahawa rakyat Sabah akan terus berada dalam suasana selesa, aman damai tanpa diskriminasi daripada kerajaan Pusat,” jelasnya.
Menurutnya, pihak British mengambil kira bahawa North Borneo pada waktu itu hanya diwakili Tun Datu Mustapha Datu Harun, Tun Fuad Stephen, Datuk Khoo Siak Siew dan Datuk GS Sundang, di mana mereka dilihat oleh British sebagai pemimpin yang tidak mempunyai pendidikan tinggi dan kurang pengalaman berunding bagi pihak rakyat dan North Borneo.
Ia berbanding Semenanjung Tanah Melayu yang diwakili Tunku Abdu Rahman Putra AlHaj, Tan Sri Ghazali Shafie, Tun Razak Tun Hussein dan Tun Dr Ismail dimana mereka ini terdari dariorang yang berpengalaman dan berkelayakan.
Bagaimanapun, seperti yang terbukti hari ini, tidak ada sebarang penyesalan yang boleh diragui kerana apa yang dihasratkan oleh rakyat dan pemimpin sudahpun jadi kenyataan.
Dari segi agama juga, semua boleh mengamalkan agama masing-masing tetapi kerajaan memberikan peruntukan dan bantuan mendirikan masjid surau, gereja, kuil, tokong dan sebagainya.