Utusan Borneo (Sabah)

Empat korban keganasan antara komuniti di Nigeria

-

WARRI: Empat dibunuh lelaki bersenjata di tenggara Nigeria, kata polis kelmarin, selepas pertelingk­ahan seminggu dengan pasukan keselamata­n tatkala ketegangan antara kaum meningkat di bekas wilayah Biafra.

Serangan itu dipercayai menyasari sebuah pasar dan masjid dalam kejiranan Asaba yang diduduki umumnya kumpulan etnik Hausa dan Peul dari utara.

“Tiga lelaki bersenjata berpakaian serba hitam, disyaki anggota kumpulan kultus atau Rakyat Peribumi Biafra (IPOB), melepaskan tembakan rambang dalam pasar Abraka di Asaba, sekali gus membunuh empat orang,” menurut kenyataan polis tempatan, lantas menyatakan lima cedera.

IPOB menuntut negeri merdeka bagi kaum Igbo, kumpulan etnik paling ramai di tenggara.

Hassan Farouk, yang menjual keladi di pasar, memberitah­u: “Serangan berlaku kira-kira jam 11 malam Jumaat.”

“Lebih 20 anggota bersenjata IPOB menceroboh masjid kami di Cable Point dan membaling bahan letupan ke dalam masjid, tetapi mujurlah ia tidak meletup.”

Dia berkata, mereka membunyika­n penggera dan semua penyerang terus ke pasar Hausa, juga dipanggil pasar Abraka, dan membunuh empat orang.

Bahagian tenggara menyaksika­n keganasan berulang sejak seminggu lalu, satu situasi yang dianggap amat membimbang­kan oleh Amnesty Internatio­nal.

Nigeria, yang dibahagi hampir sama rata antara utara yang didominasi penduduk Islam dengan selatan yang umumnya Kristian, adalah sebuah negara dengan ketegangan agama dan etnik ketara.

Keganasan kerap meletus tetapi Biafra khususnya isu sensitif selepas deklarasi kemerdekaa­n sehala wilayah itu pada 1967 mencetuska­n perang saudara kejam selama 30 bulan.

Lebih sejuta maut, kebanyakan­nya orang Igbo.

Khamis lepas, seorang ketua polis dibakar di Aba, pusat keganasan baru-baru ini, manakala Rabui lepas, seorang pegawai polis maut di Port Harcourt, ibu negeri Rivers, di mana 32 penyokong pro-Biafra ditangkap.

IPOB mengecam penindasan ganas ke atas mereka, mendakwa askar membunuh anggota mereka beberapa hari lalu, satu dakwaan yang dinafikan tentera.

Jumaat lepas, Abuja melabel IPOB sebagai organisasi pengganas, dengan pemimpinny­a Nnamdi Kanu dituduh derhaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia