Utusan Borneo (Sabah)

200 orang sertai Kayuhan Hijrah

- Oleh ALFRED PETRUS

SERAMAI 200 orang menyertai Kayuhan Hijrah sempena Festival Hijrah Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) dan Karnival Orang Kelainan Upaya (OKU) 2017.

Pengerusi MBR Kota Kinabalu Datuk Jamal Sakaran berkata daripada jumlah itu, seramai 150 orang adalah peserta kanakkanak dan selebihnya dewasa.

“Seramai 150 peserta kayuhan ini adalah golongan kanak-kanak yang diwakili oleh warga sekitar masjid dan juga anak-anak tahfiz MBR.

“Selain itu, 50 peserta lain pula mewakili jawatankua­sa MBR, kelab basikal MBR dan Likas serta mereka yang meminati aktiviti berbasikal sekitar masjid,” katanya pada acara berkenaan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu pada Ahad.

Katanya kayuhan melibatkan jarak kira-kira 10 kilometer yang mana

PENYAMPAIA­N hadiah utama cabutan tiket bertuah berupa sebuah basikal.

bermula dari perkaranga­n MBR, menuju ke bulatan Istiadat terus

ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan kembali ke MBR.

Kayuhan Hijrah itu adalah

JAMAL MBR.

sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan sempena Festival Hijrah MBR.

Jamal berkata festival berkenaan adalah tahun keenam penganjura­nnya sejak 2011.

Katanya, penganjura­n festival berkenaan juga menjadi acara tahunan MBR.

Sementara itu, festival itu turut menyaksika­n acara penanaman beberapa anak pokok kurma di hadapan MBR yang disempurna­kan oleh Jamal.

 ??  ?? (lima kanan) menyempurn­akan acara penanaman anak pokok kurma di hadapan
(lima kanan) menyempurn­akan acara penanaman anak pokok kurma di hadapan
 ??  ?? PESERTA Kayuhan Hijrah melakukan senaman sebelum memulakan kayuhan.
PESERTA Kayuhan Hijrah melakukan senaman sebelum memulakan kayuhan.
 ??  ?? PELEPASAN acara Kayuhan Hijrah seawal jam 7.30 pagi.
PELEPASAN acara Kayuhan Hijrah seawal jam 7.30 pagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia