Utusan Borneo (Sabah)

Inisiatif sedia pendidikan terbaik di luar bandar

-

LIMBANG: Kerajaan sudah mengenal pasti empat sekolah termasuk sekolah daif di Batu Danau untuk digabung menjadi dua sekolah baharu dalam menyediaka­n prasarana pendidikan terbaik di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata, empat sekolah berkenaan antara lebih 10 sekolah daif terdapat di daerah ini membabitka­n kawasan beliau dan Bukit Kota.

Jelasnya, isu sekolah daif sudah dibincangk­an dengan Kementeria Pendidikan Negeri minggu lepas termasuk menyenarai­kan beberapa sekolah perlu diberi perhatian sebelum ini.

“Kita mengambil ketetapan dan bersetuju supaya sebahagian sekolah di kawasan Batu Danau digabungka­n.

“Ia membabitka­n empat sekolah iaitu SK Ulu Lubai dan SK Nanga Merit serta SK Kuala Awang dan SK Tedungan,” katanya pada Hari Keluarga Saberkas Batu Danau, sempena Hari Malaysia di Tanjong Putra Fishing Corner, Sabtu.

Turut sama ialah isteri Paulus Mary Sindang, Setiausaha Saberkas Batu Danau Jimmy Ngindang juga pengerusi program, Bendahari Saberkas Batu Danau yang juga pemilik Tanjong Putra Fishing Corner Kauselor Ekit Awang dan isteri Limsiah Tutong, Pegawai JASA Batu Danau Endrawati Thomas dan ahli jawatankua­sa tertinggi Saberkas Batu Danau.

Paulus berkata lagi tapak bagi SK Nanga Merit sudah ada dan kini dalam proses membuat pembayaran kepada pemilik tanah.

“Jika selesai proses pembayaran ini, sekolah baharu akan dapat dibina di bawah fasa dua dijangka bermula tahun depan,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia